Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Malaysia

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Global

All countries
230,645,683
Confirmed
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
205,650,581
Recovered
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm
All countries
4,727,839
Deaths
Updated on September 22, 2021 20:01 8:01 pm

Penduduk ibaratkan banjir seperti tsunami kecil

YAN  — Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai di sini petang tadi, umpama ‘tsunami’ kecil ekoran keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibatkan pokok serta jambatan runtuh dengan sekelip mata.

Begitulah yang diceritakan oleh seorang penduduk Salwa Md Isa, 34, apabila melihat keadaan air deras luar biasa di sungai berhampiran rumahnya, semasa kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai ‘mengganas’ sehingga mengakibatkan banjir besar di kawasan sekitarnya.

“Sepanjang saya membesar di kampung ini, ini kali pertama berlaku kejadian seperti ini. Kepala air ini dah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga hingga titi, jalan runtuh, kereta hanyut dan ada yang meninggal, saya rasa sangat takut,” katanya kepada pemberita di Kampung Setol di sini, malam ini.

Salwa berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 5 petang tadi dan air mulai surut lebih kurang 7.30 malam tadi, dan bencana itu juga telah menyebabkan bekalan air di rumahnya terputus.

Mohd Nasir Shuib, 41, pula berkata dia melalui pengalaman mengerikan apabila menemukan mayat seorang lelaki berumur lingkungan 60-an, pada 5.30 petang tadi.

“Saya lihat air sungai berdekatan rumah saya ini mengalir laju, bunyi kuat pelik lain macam, air datang begitu laju hanyut sekali kayu balak semua hingga rumah saya dan jiran ditenggelami air,” katanya.

Mohd Nasir berkata, hujan lebat di puncak Gunung Jerai sejak beberapa hari lepas mungkin telah menyebabkan air terkumpul dan turun secara mengejut, hingga membawa bencana buruk.

“Kejadian ini terburuk berlaku, pekan Yan yang tak pernah tenggelam, hari ni tenggelam… sekarang ni kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan pihak berkaitan,” katanya.

Seorang lagi penduduk Jaafar Man, 62, berkata buat masa ini, beliau dan keluarga sedang berlindung di dalam bangunan yang lebih tinggi, kerana bimbang paras air kembali naik.

Jaafar yang merupakan pemilik Kem Kenari Nature Park di kawasan Titi Hayun berhampiran Gunung Jerai itu berkata, kawasan kem berkenaan telah ditenggelami air serta pasir sehingga paras pinggang.

“Buat masa ini, saya serta tujuh lagi ahli keluarga berada dalam keadaan selamat. Bekalan elektrik, makanan dan minuman semua masih ada dan mencukupi pada masa ini, hanya bekalan air terputus.

“Hujan lebat petang tadi telah menyebabkan banyak fasiliti di kem termasuk rumah inap, surau, kolam, ruang mesyuarat dan kantin ditenggelami air.

“Banyak juga cermin dan struktur bangunan pecah akibat dilanggar kayu balak yang dihanyutkan,” katanya yang telah mengusahakan kem rekreasi berkenaan selama 21 tahun.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

Berkaitan