Wednesday - August 4, 2021 @ 00:39
POLITIKPKR Jangka Menang 13 dari 90 Kerusi, PM Tidak Mustahil Dari DAP

PKR Jangka Menang 13 dari 90 Kerusi, PM Tidak Mustahil Dari DAP

Konvensyen Pilihan Raya Umum PKRAkhbar The Star hari ini melaporkan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS bahawa Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa parti PAS akan bertanding sekitar 80 kerusi, manakala DAP 46 – 50 dan PKR pula sebanyak 90 kerusi dalam PRU-13 nanti. Justeru, Tuan Ibrahim membayangkan tiada kemungkinan DAP menjadi Perdana Menteri jika PR menang.

Berdasarkan keputusan PRU 2008 dan perkembangan semasa politik Pakatan Rakyat, DAP telah mendapat mandat terbanyak iaitu 28 kerusi, berbanding PAS 23 dan PKR 26. Maka jika keadaan ini berulang, sudah tentulah tidak mustahil jawatan Perdana Menteri dipegang oleh DAP sekiranya PR menang dalam PRU kali ini.

Semenjak PRU-12, Parti PKR telah mengalami kemerosotan teruk dari segi sokongan selaras dengan moral Anwar Ibrahim yang telah sedia merosot. Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya parti tersebut pada tahun 2011, kerusi-kerusi yang sebelum ini merupakan kerusi selamat juga tidak mustahil akan hilang. PKR juga tidak yakin dapat mengekalkan kerusi Lembah Pantai dan Permatang Pauh.

Justeru, mengikut perkiraan, jawatankuasa berkenaan meletakkan hanya 16 – 20 kerusi sahaja yang mampu dimenangi oleh PKR.

Jika kenyataan Tuan Ibrahim di atas boleh digunapakai sebagai ‘muktamad’, iaitu PKR akan bertanding 90 kerusi parlimen berbanding 97 kerusi pada PRU lepas, maka kita menjangkakan parti itu tidak akan mampu mencapai jumlah yang disasarkan oleh Jawatankuasa Strategik dan dijangka hanya mampu memenangi 13 kerusi sahaja. Antaranya, Bayan Baru, Nibong Tebal, Padang Serai, Gelang Patah, Subang, Kelang, Kapar, Balik Pulau, Indera Mahkota, Kuantan, Teluk Kemang, Batu dan Machang.

Perlu diingatkan bahawa apa yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim bukanlah keputusan muktamad selagi ia tidak diumumkan sendiri oleh Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim. Kita sedia maklum bahawa Tuan Ibrahim atau PAS tidak mempunyai apa-apa kuasa atau suara di dalam PR dan lebih dari itu, kita juga tahu jika benar PAS akan bertanding 80 kerusi, ia masih tidak menjamin kemenangan yang lebih dari DAP mahupun PKR.

Ini kerana, menurut kajiselidik berbagai-bagai pihak, kalau pun benar DAP hanya bertanding 46-50 kerusi, parti itu mampu memenangi sekurang-kurangnya 35-40 kerusi yang ditandingi.

Katakan PAS hanya mampu mengekalkan 23 kerusi seperti PRU 2008, PKR 13 kerusi dan DAP 40 kerusi, mana mungkin PR akan memenangi PRU kali ini. Namun, sekiranya berlaku ‘keajaiban’ sehingga PR memenangi PRU kali ini maka jumlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti dalam PR adalah tidak relevan sama sekali kerana kuasa mutlak tetap berada di tangan DAP sepertimana yang dapat dilihat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan di mana tanah negeri itu juga telah terpaksa ‘dihadiahkan’ kepada DAP.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here