Polis siasat laporan palsu ketika perhimpunan haram - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang membuat laporan palsu terhadap tindakan pegawai dan anggota polis ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata jika sabit kesalahan, mereka akan dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya siasatan mendapati perkara yang diadukan dalam laporan polis adalah tidak benar, polis tidak akan teragak-agak mencadangkan tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, ketika ini, pihaknya sudah menerima tujuh laporan berhubung tindakan pegawai dan anggota polis ketika perhimpunan.

Beliau berkata, kesemua laporan akan disiasat secara profesional dan telus mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Kita dalam proses melengkapkan siasatan dan akan mengemukakan kertas siasatan itu kepada pihak Peguam Negara dalam masa terdekat,” katanya.

Acryl Sani juga berkata, pihaknya sedang menyiasat kesahihan dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilanggar Pajero polis namun penayangan video baru-baru ini menunjukkan tiada insiden seperti yang didakwa pengadu.
Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mohamad Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis.

Acryl Sani berkata, pihaknya turut menyiasat kesahihan dakwaan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan Anwar ketika perhimpunan.

Beliau turut menjelaskan bahawa gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan perhimpunan haram itu adalah buatan Amerika Syarikat (AS).

“Terdapat dua jenis gas pemedih mata digunakan ketika perhimpunan iaitu Shell Tear Gas Smoke Model ALS 5727, buatan Amerika dan Grenade Tear Gas Smoke Model MP-2SB-CS, NON, Lethal Technology, buatan AS.

“Manakala cecair yang digunakan water canon kami ketika meleraikan perhimpunan adalah jenis SC Liquid jenama IDC System AG buatan Switzerland,” katanya.

UTAMABERITAPolis siasat laporan palsu ketika perhimpunan haram

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium