Retorik PAS main 10 kolam konon demi penyatuan ummah

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

Ketua Pemuda PAS, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin dipetik berkata bahawa PAS bukan setakat sanggup main dua kolam tetapi 10 kolampun PAS akan main demi agenda penyatuan ummah yang menurutnya sedang berada di tahap kritikal ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) menyeru demi Allah, berkata PAS tidak akan berhenti daripada perjuangan penyatuan ummah ini. Beliau menegaskan PAS bertindak demikian kerana menganggap penyatuan ummah bukan bermaksud penyatuan UMNO dan PAS semata-mata sebaliknya ia lebih luas daripada itu. Ia adalah penyatuan akidah merentasi batas parti politik, latar belakang dan darjat keturunan.

Rujuk pautan;

https://suara.tv/23/04/2021/bukan-setakat-dua-kolam-10-kolam-pun-pas-main-demi-penyatuan-ummah/

Kenyataan PAS mengenai main banyak kolam beliau ini boleh disalah anggap dan dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak wajar tetapi sebenarnya ia tidakpun mengejutkan. Ini kerana sebelum ini Ulama PAS Mokhtar Senik pernah berkata main 100 kolampun PAS sanggup.

Kami nak beritahu kamu, demi penyatuan dan persaudaraan umat atas nama Islam, usahkan dua kolam, 100 kolampun kami akan masuk,” yang dibuat melalui laman Facebook-nya sebelum ini. Rujuk pautan;

https://mykmu.net/2021/01/10/bukan-setakat-2-kolam-100-kolam-pun-pas-sanggup-masuk/

Pandangan ulama dan Ketua Pemuda PAS merangkap Ketua Perikatan Nasional ini dilihat tidak wajar atau menunjukkan kurang cerdiknya pemimpin-pemimpin PAS menggunakan istilah serta gagal mendepani isu dengan baik. Mereka juga tidak peduli apa jua tohmahan yang dilemparkan kepada parti itu termasuk dikatakan mereka khianat dan tamak kerana mengaku main banyak kolam – asalkan demi penyatuan dan persaudaraan umat Islam.

Cuma rakyat ingin bertanya kepada PAS iaitu;

1. Apa yang rakyat dapat dengan retorik-retorik yang kerap dilaung-laungkan ini jika isu-isu terkait umat Islam seperti RCI Tabung Haji dan pembunuhan arwah Adib yang tertangguh sejak sekian lama masih tidak mampu diselesaikan PAS sedangkan mereka sudahpun sebahagian daripada kerajaan? Dalil apakah lagi hendak digunakan kali ini?

2. Apakah jaminan PAS dengan main banyak kolam kononnya demi penyatuan ummah, demi persaudaraan Islam maka Sidang Parlimen yang digantung akan dibuka semula? Bahkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sendiri juga sudah bertitah memperkenan Sidang Parlimen diadakan dalam tempoh darurat.

3. Sedangkan PAS mentarbiah ahli-ahlinya dengan wala’ atau mentaati pemimpinnya tetapi kenapa dalam hal ini PAS tidak mahu wala’ atau taat dengan titah YDP Agong untuk meneruskan Sidang Parlimen?Sehinggakan Menteri Undang-undang PAS sendiri yang menggunakan alasan sains dan data untuk menidakkan titah baginda agar sidang diteruskan, sedangkan YDP Agong itu merupakan Ketua Agama Islam di negara ini, bukannya Haji Hadi atau mana-mana ulama PAS yang lain.

4. Selain itu, bagaimana retorik-retorik yang kerap dilaungkan akhir-akhir ini boleh menyelesaikan isu kalimah Allah atau isu Islam dihina? Termasuk yang terkini isu dua pengawal peribadi Islam dipukul kerana berpuasa – sudah mengalahkan nasib kaum Uighur Muslim di China.

5. Malah isu Permaisuri Agong dihina tetapi hampir seminggu masih tidak dibela oleh mana-mana menteri Perikatan Nasional, maka adakah penyatuan ummah ini mampu menyelesaikan isu ini juga?

6. Adakah retorik-retorik PAS ini boleh menyelesaikan isu-isu ekonomi seperti pengangguran, gaji rendah serta harga barang naik terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri?

7. Adakah laungan retorik itu mampu menarik pelabur luar yang tidak kunjung tiba termasuk daripada Timur Tengah? Sedangkan Presiden PAS sendiri menerima gaji berpuluh ribu sebulan sebagai Wakil Khas ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri.

8. Jika dahulu PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR bagi menjatuhkan kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, kenapa ketika itu tidak mahu keluarkan kenyataan sanggup bermain banyak kolam demi penyatuan ummah dan penyatuan akidah merentasi batas parti politik, latar belakang dan darjat keturunan?

9. Tidak perlulah buang masa bersama DAP dan PKR menjatuhkan kerajaan kerana bukankah kerajaan ketika itu juga dibarisi oleh puluhan Ahli-ahli Parlimen Islam dan majoriti penyokong-penyokongnya juga Islam tetapi kenapa ketika itu ditentang habis-habisan?

10. Ataupun kenapa ketika ini PAS tidak mahu lagi bertahaluf siyasi dengan DAP dan dakwah mereka agar menerima Islam seperti dahulu?

11. Kenapa dahulu boleh bersekongkol dengan DAP dan menentang kerajaan yang diperintah majoriti pemimpin-pemimpin Islam, tetapi hari ini setelah PAS menjadi kerajaan tiba-tiba haram bersekongkol dengan DAP dan tiba-tiba wajib pula menyokong pemimpin-pemimpin Islam?

12. Kenapa PAS ketika ini tidak santuni Mat Sabu dan PAN kerana bukankah mereka juga sama akidah malah dahulupun sebahagian daripada PAS? Janganlah sanggup menjadi orang tengah bagi UMNO dan Bersatu tetapi dengan PAN pula tidak sanggup berbahagi kerusi. Ini tidak adil dan dalam Islam perlulah adil serta jangallah nampak sangat memihak kepada parti yang menguntungkan diri sendiri.

13. Persoalan lebih penting kenapakah baru kini dikeluarkan alasan demi penyatuan ummah, akidah dan bermacam lagi, iaitu hanya selepas PAS menjadi kerajaan?

14. Kenapa selepas semua sudah berjawatan dan bergaji besar, ada yang diangkat menjadi Menteri, ada yang menjadi wakil khas bertaraf Menteri, ada yang dilantik senator dan ada juga yang mengetuai GLC maka PAS tiba-tiba baru tersedar Islam ini perlu kuat dan bersatu?

15. Atau adakah PAS sebenarnya sayangkan jawatan dan imbuhan “scheme of thing” yang ditawarkan oleh Perdana Menteri untuk menjadi Menteri, Pengerusi GLC serta Senator? Maka kerana itulah naratif penyatuan ummah perlu kerap dimainkan?

Kesimpulan

Hakikatnya rakyat sudah lemas dan, menyampah dengan cara politik sebegini. Dengan retorik-retorik basi yang selalu dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sejak dahulu. Rakyat mahu lihat tindakan bukannya kata-kata yang manis atau hanya dalil saban hari yang membuatkan rakyat semakin menyampah dengan PAS.

Cakaplah apa sahaja hakikatnya rakyat semakin marah kerana terkesan teruk dengan ekonomi pada hari ini maka usahlah pemimpin-pemimpin PAS menambah garam pada luka yang ada yang hanya menambah sakit hati rakyat.

Jika sikap pemimpin-pemimpin PAS masih tidak berubah, maka PAS tidak boleh berkecil hati jika cara ‘survival’ mereka dalam politik ini dicemuh dan disindir sebagai “walharammu walhalalku“. Di mana apa sahaja PAS buat dibolehkan tetapi apabila pihak lain buat tidak boleh pula. Dalam erti kata lain, apa PAS buat ‘halal’, tetapi apabila parti lain pula menjadi ‘haram’ dan tidak boleh.

Justeru itu, sudah-sudahlah PAS menggunakan alasan penyatuan ummah, demi persaudaraan Islam, konon penyatuan akidah merentasi batas parti politik, latar belakang dan darjat keturunan kerana rakyat lebih cerdik menilai.

Islam ini tidak dinilai dengan slogan tetapi dengan akhlak dan perbuatan. Selagi isu-isu umat Islam tidak terselesaikan dan tidak mampu dibela oleh PAS, maka lebih elok retorik dan slogan PAS itu dibuang jauh-jauh.

Wallahualam.

BACA juga:

Leave a Reply