26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Shafie Apdal dijangka kehilangan majoriti DUN Sabah

Shafie Apdal, Presiden Parti Warisan Sabah, diramalkan akan kehilangan kerusi majoriti DUN Sabah menjelang Julai 2020 yang akan menyaksikan sokongan beralih semula kepada Musa Aman. “Political shift” dijangka berlaku berikutan ketidakpercayaan ADUN-ADUN di bawah kerajaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) terhadap pimpinan YAB Ketua Menteri Sabah.

Selepas kejatuhan kerajaan negeri Johor, Perak, Melaka, dan Kedah yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH), negeri Sabah diramalkan akan mengalami “political shift” menerusi percaturan politik yang lebih kompleks berbanding negeri-negeri lain. Pembentukan gabungan secara unit individu yang membentuk keputusan kolektif memberi sokongan majoriti kepada Musa Aman dijangkakan akan berlaku.

Menurut maklumat yang diperolehi, 16 ADUN daripada kerajaan WARISAN dan Pakatan Harapan akan beralih memberikan sokongan kepada Musa Aman di samping kerjasama Bung Moktar (UMNO), hajiji Noor (PPBM), Jeffrey Kitingan (STAR) bersama parti politik pimpinan masing-masing dan beberapa parti politik lain menyatakan sokongan kepada Musa Aman.

“Political shift” yang dijangkakan berlaku berpotensi meruntuhkan “intra-organizational” Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebagaimana yang dialami oleh UMNO Sabah selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14. Kebarangkalian Parti Warisan Sabah (WARISAN) menjadi suatu kuasa politik kecil sebagaimana yang pernah berlaku di dalam sejarah politik Sabah terhadap beberapa parti politik tempatan adalah tinggi.

Malahan, sfera politik Sabah memperlihatkan posisi Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam situasi yang sangat serius berikutan gelombang penolakan rakyat Sabah sejak meletusnya isu-isu melibatkan Pas Sementara Sabah (PSS), kelemahan tadbirurus ekonomi, kelemahan pengurusan krisis pandemik COVID-19 dan kegagalan pelaksanaan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah.

Di samping itu, kegagalan Shafie Apdal memperkukuhkan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan penglibatan pemimpin daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi di peringkat bahagian telah menyebabkan parti politik tersebut dianggotai oleh kelompok pimpinan yang kurang berpengetahuan dalam politik, ekonomi dan pentadbiran serta dikuasai “political emotions” berbanding memaksimakan peranan kepimpinan bagi menyumbang kepada pembangunan negeri.

Situasi berbeza di pihak Musa Aman yang memiliki barisan kepimpinan berpendidikan tinggi dan berpengalaman. Malahan, beliau turut memperlihatkan perilaku profesional, mengikut aturan undang-undang, dan membiarkan “comparative judgement” berlaku secara semulajadi menerusi pengalaman empirikal masyarakat walaupun dikhianati dan ditindas selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Strategi politik sedemikian telah melahirkan reaksi bersifat subversif yang mendorong penolakan secara semulajadi oleh rakyat kepada pimpinan Shafie Apdal. Malahan, sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14, Musa Aman dilihat tidak mempamerkan sebarang corak propaganda politik. Beliau cenderung memberikan fokus kebajikan rakyat di samping memberikan ruang untuk rakyat menilai kemampuan tadbirurus Shafie Apdal.

Malahan, keengganan Shafie Apdal menggunakan data BR1M, BSH dan BPN bagi dijadikan sumber data untuk Pakej Bantuan COVID-19 Sabah telah menyebabkan gagalnya proses pelaksanaan penyaluran bantuan sehingga menimbulkan kemarahan dan keluhan rakyat. Beliau juga telah membuat keputusan untuk bergantung kepada pihak MPKK yang majoritinya terdiri daripada lantikan politik bagi menyalurkan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah.

Kegagalan proses pelaksanaan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah telah menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan dalam kalangan rakyat khususnya golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan tersebut telah memberikan tekanan kepada ADUN-ADUN di pihak kerajaan negeri Sabah sehingga menggugat sokongan rakyat terhadap mereka.

Maka, faktor-faktor tersebut mendorong sejumlah ADUN-ADUN tersebut untuk kembali mengalihkan sokongan terhadap Musa Aman bagi menjamin “political survivality” masing-masing. Di samping itu, faktor “economic stability” menjadi suatu faktor prioriti di dalam menentukan masa depan negeri Sabah. Kemampuan tadbirurus ekonomi yang diperlihatkan Shafie Apdal tidak mampu meyakinkan ADUN-ADUN dibawah pimpinannya.

Kelumpuhan industri pelancongan berpotensi meninggalkan kelompongan maksima kepada pertumbuhan KDNK negeri Sabah pada tahun 2020. Tambahan pula, berdasarkan laporan DOSM pada tahun 2019, negeri Sabah merekodkan penurunan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.5% iaitu daripada 8.0% pada tahun 2017 kepada 1.5% pada tahun 2018 di bawah pimpinan Shafie Apdal.

Jika Negeri Sabah mengalami penurunan kadar pertumbuhan secara berterusan, kadar pengangguran dan kemiskinan akan menjadi suatu krisis yang kritikal. Krisis pengangguran dan kemiskinan yang kritikal akan menyababkan berlakunya kemerosotan “social prosperity” di mana keadaan tersebut akan melemahkan sokongan rakyat kepada kerajaan Shafie Apdal dan barisan pemimpinnya.

Oleh itu, Musa Aman yang dilihat memiliki rekod pentadbiran yang jauh lebih baik berbanding Shafie Apdal terutamanya di dalam menjana ekonomi kerajaan negeri telah menjadi calon terbaik bagi menyelamatkan negeri Sabah daripada dilanda kemelesetan ekonomi di samping kedudukan Sabah sebagai sebuah negeri pembangkang yang tidak mesra kerajaan pusat akan menyebabkan kerugian kepada negeri Sabah. – UtusanGenesis20.com

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan