Berkuatkuasa hari ini, Kementerian Kesihatan negara ini mengharamkan produk tembakau baharu termasuk vape.
Pengumuman mengenainya telah dibuat Jun lalu dan pelaksanaan peraturan terbaharu ini akan dijalankan dalam dua fasa.
Laman web Channel News Asia melaporkan, kementerian itu memaklumkan produk yang terlibat dalam fasa pertama termasuk rokok dan rokok tidak berasap, sebarang produk nikotin atau tembakau yang boleh ditanam atau disuntik ke mana-mana bahagian badan, selain sebarang bahan melibatkan tembakau atau nikotin yang bertujuan digunakan bersama nikotin elektronik.
“Pengharaman produk berkenaan akan dikuatkuasakan mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Pengiklanan dan Jualan Tembakau.
“Mereka yang didapati melanggar pengharaman berkenaan boleh dikenakan denda sehingga S$20,000 (RM61,328) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya,” kata kementerian itu.
Kementerian itu menambah, fasa kedua pengharaman berkenaan akan melibatkan produk tembakau yang sudah berada dalam pasaran tempatan dan akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun depan.
“Ia termasuk produk bahan tembakau yang disedut melalui hidung dan mulut, produk gutkha, khaini dan zarda,” kata kementerian berkenaan.
Langkah menguatkuasakan peraturan ini bagi memastikan produk terlibat tidak memasuki pasaran republik ini.
Singapura Haramkan Vape Mulai Hari Ini https://t.co/rloeRdWsMb https://t.co/cG382mqaGi
pak din hisap rokok tak
Singapura Haramkan Vape Mulai Hari Ini https://t.co/bk7UAIWKO5
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Singapura Haramkan Vape Mulai Hari Ini: Berkuatkuasa hari ini, Kementerian Kesihatan negara ini mengharamkan p… https://t.co/qHJMDiUBc8
Sarah Azhary liked this on Facebook.
Saiful Torres liked this on Facebook.
Bathiar Ahmad liked this on Facebook.
محمد ثقيف احمد ترمذير liked this on Facebook.
Saizan Che Seman liked this on Facebook.
Singapura Haramkan Vape Mulai Hari Ini: Berkuatkuasa hari ini, Kementerian Kesihatan negara ini mengharamkan p… https://t.co/SOb1JJQxwB
Ye ke ade diorang mengamuk.tak?
Roy Vtec liked this on Facebook.
MrNaz Mrnaz liked this on Facebook.