29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Sogokan RM5j: Hamidah Cabar Syed Saddiq Dedahkan Bukti

Selepas satu jam pendedahan dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung pihak-pihak tertentu yang cuba memberikan sogokan terhadapnya, Ketua Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mungkin berdepan tindakan saman di atas keberaniannya itu.
Menerusi status terbaru di Facebook, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya sebelum mengambil tindakan terhadap Syed Saddiq yang telah mengaitkan dirinya dalam pendedahan yang buat.
“Kalau dah ada bukti nak dedah-dedahlah, tapi tak perlulah nak buat tuduhan sewenang wenangnya dan menipu dengan meletakkan status kat FB macam ni.
“Lepas tu kaitkan nama saya untuk menampakkan saya juga telah dibeli.
“Saya akan berhubung dengan peguam saya untuk meminta nasihat dan pandangan untuk saya bertindak selanjutnya,” tulisnya.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebooknya, Syed Saddiq turut mengaitkan nama Hamidah termasuk Anina Saadudin yang dibeli oleh individu tertentu menerusi satu kumpulan yang diistilahkannya sebagai “rangkaian sistematik dedak”.
Syed Saddiq mendakwa, rangkaian itu cuba mengumpannya dengan wang berjumlah RM5 juta yang akan digunakan untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Oxford di London.
Malah beliau mendakwa, individu terbabit yang merupakan orang kanan kepada seorang pemimpin tertinggi negara turut menawarkan kepadanya geran-geran yang berjumlah jutaan ringgit untuk membuka sekolah debat di seluruh Malaysia.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan