25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Terima Kasih Kerajaan Benarkan Usul RUU Persendirian Akta 355 dibentangkan – Hadi Awang

 RUU Persendirian Akta 355 2

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan usul Rang Undang-undang Persendirian Akta 355 dibentangkan di parlimen hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa usul itu tidak didebatkan pada hari ini, anggota parlimen Marang itu berkata, ia adalah disebabkan kekangan masa.

“Terima kasih pada kerajaan kerana membenarkan usul ini.

“(Beri) peluang masa pada ahli-ahli (parlimen). Hari ini hari terakhir (bersidang),” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, menyentuh mengenai rang undang-undang tersebut, Abdul Hadi sekali lagi menjelaskan bahawa akta tersebut hanya menyentuh masyarakat Islam di negara ini.

“Ini usul berkait dengan naik taraf mahkamah syariah. Ini kali keempat saya kemukakan sejak 1995. Ia bukan baru.

“Ini berkaitan orang Islam sahaja tak ada kaitan dengan orang bukan Islam,” jelasnya.

Pada Mac tahun lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud.

Ekoran itu, Abdul Hadi mengemukakan notis di Dewan Rakyat bagi membawa Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta 355- Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pada masa ini, Akta itu mengehadkan Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, dan dikenali sebagai peraturan 3:5:6.

Abdul Hadi mahu menggantikan Seksyen 2 dan Seksyen 2A Akta itu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993.

Undi majoriti mudah diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.

RUU Persendirian Akta 355 1

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan