25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 1, 2021

[Video] Hujan lebat disertai angin kencang landa Mina

Hujan lebat disertai angin kencang melanda Mina, tempat jutaan jamaah haji bermalam untuk melempar jumrah pada jam 3:20 petang waktu Arab Saudi.

Para jemaah haji yang melontar jamrah buat hari kedua pula basah akibat hujan namun rata-rata gigih meneruskan perjalanan.

Rata-rata maktab jemaah haji pula ada yang banjir sampai ke lantai bilik, bocor sehingga membasahkan katil dan bekalan eletrik terputus.

Kejadian yang sama juga berlaku di Maktab Ayman Ekbar 2 yang menempatkan wakil-wakil media negara Islam jemputan Kementerian Media Arab Saudi.

Dalam masa yang sama, para petugas sedang menangani masalah yang berlaku di maktab- maktab jemaah haji.

Sebelum itu, hujan lebat juga berlaku di Arafah dua hari lalu ketika para jemaah haji berwukuf.

LIHAT video
https://youtu.be/EYz_VTyzAS0

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.