Kenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP – Anthony Loke - pakdin.my

Kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini bersama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai ‘pakatan korup’ dibuat atas kapasiti individu dan tidak mewakili kepimpinan parti, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Beliau berkata ucapan berunsur serangan yang dibuat terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan itu tidak seharusnya dikeluarkan, dan menurutnya Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP.

“Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.

“Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

VIDEO berkaitan:

Jangan lupa subscribe

 

Pua dilaporkan membuat kenyataan berkenaan ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Loke turut mengingatkan agar semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika ini.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” kata beliau yang juga merupakan Menteri Pengangkutan.

……………..

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG DAP

1.  Saya merujuk kepada laporan media yang memetik ucapan oleh Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP Petaling Jaya.

2.  Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

3. Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan (uncalled for).

4.  Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.

5. Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.

6.  Saya ingin mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.

7.  Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP.

LOKE SIEW FOOK

SETIAUSAHA AGUNG DAP

24 JUN 2023

BACA juga:

UTAMAPOLITIKKenyataan Tony Pua tidak mewakili DAP - Anthony Loke

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium