Anwarinas akan ‘letupkan’ Muktamar Pas

Laman web Jabatan Meteorologi meramalkan Kota Bharu dibasahi hujan minggu ini – waktu sama berlansungnya Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).

Di sebalik semangat tahun baru 1434 Hijrah dan cuaca sedikit sejuk, pimpinan PAS diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tatap perlu bersedia berdepan pelbagai isu yang membara bahangnya, terutama tahap persediaan parti menghadapi Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13)

Perhimpunan bertema Negara Kebajikan Teras Perpaduan kali ini adalah pecutan terakhir menjelang perhitungan di peti undi, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan seharusnya menjadi landasan terbaik bagi jentera parti merumuskan tahap persediaan.

Bersandarkan hakikat itu, beliau yakin isu di luar lingkaran PRU-13 akan terpinggir dengan sendirinya.

“Itu semangat muktamar perwakilan PAS. Tumpuan Kita ialah bagaimana menghadapi lawan dan setiap ruang perlu dimanfaatkan ke arah meningkatkan semangat ahli. Isu lain tidak penting,” katanya.

Realitinya, PAS banyak dibebani isu lain. Pertembungan kelompok tegar yang berpegang kepada kepimpinan ulama sebagai asas perjuangan dengan kalangan yang dilihat beriya-iya menegakkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dilabel sebagai “Anwarinas’adalah antara bom jangka yang mungkin ‘diletupkan’ di Kota Bharu nanti.

Benar, kerjasama PAS-DAP-PKR mendapat restu Majlis Syura sebelum 3 parti itu membentuk pakatan pembangkang menghadapi PRU-12 empat tahun lalu.

Bagaimanapun yang meninggalkan kebimbangan pihak tertentu ialah kemungkinan PAS kehilangan Identiti sebagai parti yang menjunjung Islam, lantaran terlalu ghairah membuka ruang atas nama menjaga hati rakan.

Pada masa sama, pengaruh (jika boleh disebut begitu) Nasharuddin Mat Isa di kalangan penyokongnya tidak boleh diketepikan kerana bagi mereka, ketegasan bekas Timbalan Presiden PAS itu bersuara mempertahankan prinsip perjuangan asal tanpa mengorbankan nilai walaupun atas nama kerjasama bukan ketukan tin kosong.

Diakui, masa depan PAS bukan berlegar sekitar Ahli Parlimen Bachok itu atau sesiapa pun kerana PAS sebagai organisasi sememangnya jauh lebih besar daripada mana-mana individu, seperti juga parti sahsiah lain.

Apa yang membimbangkan, menurut pandangan seorang ahli yang sudah lama mengharungi susah senang bersama PAS, parti itu kini menjadi tumpuan atas sebab yang tidak membantu perjuangannya.

“PAS menjadi bahan bualan kerana krisis dalaman, pemimpin bercanggah pandangan, orang ini ditolak, orang itu dibidas. Semua ini menampakkan seolah-olah PAS tidak lagi mempunyai ruang berbincang secara matang.

“Saya bersama PAS dah dekat 30 tahun. PAS mesti bijak membezakan perkara yang perlu ditangani dalam rumah sendiri dengan hal yang boleh dikongsi bersama rakan pembangkang. Sasaran kita ialah parti lawan, bukannya ahli sendiri.

“Ambil contoh isu Ustaz Nasharuddin. Dia nak cakap apa pun, itu pandangan dia. Tidak banyak sikit, ada betulnya. Kalau kita matang, kita terima teguran. Kalau ada yang dia sebut tu kita rasa tak kena, balas secara berhemah. Biarlah dia bercakap, kita terus buat kerja sudahlah,” katanya.

Menghampiri usia 61 tahun penubuhan pada 24 November ini, PAS sepatutnya tidak lagi dikekang persoalan hala tuju perjuangan kerana angka sebesar itu wajar meletakkan laluan sahsiah parti berkenaan di landasan padu.

Walaupun sebahagian besar pemimpinya optimis dengan peluang PAS memenangi kerusi pada PRU 13, Abdul Hadi di nyata lebih berhati-hati membuat pertimbangan.

Paling utama, beliau memgigatkan semua pihak dalam PAS supaya menepis sifat “ujub’ atau terlalu bangga dengan keupayaan untuk menawan Putrajaya berikutan terpengaruh dengan sokongan yang diterima.

“Jangan galak sangat. Memang kita hendak ke Putrajaya tetapi jangan ‘ujub’,” katanya ketika merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Terengganu, baru-baru ini.

Jatuh bangun PAS menghadapi percaturan PRU-13 bergantung kepada semangat perwakilannya dalam memperhalusi dan menterjemah mesej ucapan dasar Abdul Hadi, pada Jumaat ini.

Darjah kepanasan perbahasan perwakilan adalah isyarat bagi pucuk pimpinan ke arah menentukan langkah seterusnya. Cabarannya ialah untuk Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat bertemu di titik sama dan membawa satu suara ke pucuk pimpinan mengenai apa sebenarnya yang dimahukan demi menjamin kelansungan masa depannya.

Ketika perwakilan Muslimat terus memelihara tertib tetapi tetap tegas apabila berkongsi pandangan, perhatian parti terarah kepada perwakilan Dewan Ulama yang di harap menjadi ‘kubu terakhir’ mempertahankan asas perjuangan parti supaya tidak tergelincir daripada landasan gara-gara tarikan kuasa dari luar PAS itu sendiri.

Apabila tiba masanya, pemimpin utama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi sendiri bakal diganti oleh nakhoda baru- itu hakikat tanpa kompromiyang perlu diakui.

Jesteru laluan yang ditentukan ahli PAS hari ini bakal mencorakkan wajah dan survival PAS ke arah menerowong era pasca dua pemimpin terbilang itu.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...