Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALGagal Tarbiah DAP, PAS...

Gagal Tarbiah DAP, PAS salahkan UMNO - pakdin.my

Bukti PAS tidak mampu mentarbiah sekutu mereka sebaliknya PAS yang berjaya ditarbiah sekutu DAPnya

KUALA LUMPUR 22 Jun – Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan ‘kekitaan’ di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.

“Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi menutup sikap biadab ADUN-ADUN DAP yang merupakan sekutu kepada Pas yang kini memperjuangkan negara berkebajikan, Raja Ahmad berhujah, ”UMNO sendiri menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dan UMNO sendiri tidak ‘mesra’ terhadap hukum hakam agama sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu.

”Begitu juga isu songkok yang dianggap elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya,” katanya.

Namun begitu, Raja Ahmad menegaskan, walaupun perkara itu berlaku di Sarawak, Pemuda Pas kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah terhadap sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada pakatan pembangkang selama ini.

”Kami dengan ini mendesak agar Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan pemahaman terhadap ADUN-ADUN tersebut agar tindakan ini tidak berulang,” katanya.

Beliau juga menggesa supaya semua lapisan masyarakat menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap DUN seluruh negara yang ia sudah disepakati bersama sejak dahulu lagi.

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805