Langat 2: Kali ini Khalid mainkan Anwar? - pakdin.my

mou-air-selangor-2014

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan partinya tidak tahu menahu berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimaterai antara kerajaan negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan pada Rabu.

Anwar, penasihat ekonomi Selangor juga berkata, beliau dimaklumkan dari masa ke semasa mengenai Projek Langat 2 tetapi tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu termasuk majlis menandatangani MoU itu.

Itu antara alasan beliau yang keberatan untuk mengulas isu berkenaan ketika diminta berbuat demikian selepas sesi minum petang di Kajang semalam.

Kata Anwar yang tidak menolak kemungkinan mengambil-alih jawatan menteri besar dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, secara prinsipnya beliau bersetuju dengan rundingan itu.

Namun beliau masih mengkaji maklumat yang diperolehnya daripada kerajaan negeri dan tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini.

Selangor dan Kerajaan Persekutuan pada Rabu mencapai persetujuan yang menyaksikan pentadbiran Abdul Khalid mengeluarkan arahan pembangunan bagi memberi ‘lampu hijau’ untuk Putrajaya meneruskan Projek Loji Air Langat 2 termasuk sistem agihannya yang tertangguh sejak 2010.

Kerajaan pusat pula membenaarkan kerajaan negeri itu mengambil alih konsesi syarikat-syarikat bekalan air dengan bayaran pampasan RM9.65 bilion.

Malah Kerajaan Persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu Selangor menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

MoU ditandatangani Khalid bagi pihak kerajaan negeri Selangor dan Menteri Tenaga, Teknnologi Hijau dan Air bagi pihak Kerajaan Pusat manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri serta timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak sebagai saksi.

UTAMAPOLITIKLangat 2: Kali ini Khalid mainkan Anwar?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium