Muhammad Shafee Terima RM1,000 Bayaran Ketua Pendakwa Raya Kes Liwat Anwar - pakdin.my

Nancy Shukri
Nancy Shukri

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pendedahan jumlah bayaran berkenaan dibuat selepas persetujuan oleh Jabatan Peguam Negara dan Muhammad Shafee setelah berulang kali perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sebelum ini, ia tidak didedahkan bagi menghormati etika perhubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan.

“Ingin saya maklumkan bahawa pendedahan jumlah bayaran bagi perkhidmatan beliau hanya boleh dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee sendiri.

“Sehubungan dengan itu, berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak dimaklumkan bahawa jumlah pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Tan Sri Muhammad Shafee adalah sebanyak RM1,000,” katanya.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai jumlah perbelanjaan yang dibayar kepada Muhammad Shafee sepanjang kes Anwar dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

UTAMABERITAMuhammad Shafee Terima RM1,000 Bayaran Ketua Pendakwa Raya Kes Liwat Anwar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium