Rakyat harap 2 inisiatif dibawah pentadbiran Najib diteruskan oleh Pakatan Harapan - pakdin.my

Dua inisiatif di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memperbaiki perkhidmatan kerajaan dan meningkatkan pemilikan rumah perlu dikekalkan kerajaan baru, menurut tinjauan rambang dalam kalangan rakyat.

Dua inisiatif itu ialah Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

UTC ialah pusat sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan di bandar utama, manakala PR1MA ialah rumah mampu milik berharga RM100,000 hingga RM400,000 di kawasan bandar besar.

Muhamad Azraai Azmi, 36, berkata PR1MA memanfaatkan golongan berpendapatan rendah, contohnyaadik perempuannya yang kini memiliki rumah sendiri hasil daripada projek itu.

Murugan, seorang pengurus pengembangan perniagaan berkata, PR1MA harus dikekalkan, khasnya untuk pembeli rumah pertama dan golongan muda, tetapi berharap kerajaan baru meningkatkan tahap pemantauan ke atas pelaksanaannya.

“Kerajaan perlu tegas dari segi memastikan pembeli tidak menyewakan rumah mereka untuk keuntungan segera.”

Beliau berkata, UTC juga merupakan inisiatif baik dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu terus membina pusat sedemikian di luar Lembah Klang supaya orang ramai mempunyai akses lebih baik kepada perkhidmatan kerajaan.

Namun, katanya, program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu dikaji semula.

“Kerajaan perlu membenarkan penerima BR1M mendapat kad debit yang hanya boleh digunakan untuk membeli keperluan asas tertentu,” katanya.

Pekerja bank, Johnny Tan, 37, menyifatkan UTC antara inisiatif terbaik diperkenalkan Najib kerana waktu operasinya lebih panjang dan perkhidmatannya juga cekap.

Cef pastri, Debra Leong bersetuju dan mahu lebih banyak UTC dibina.

Debra Leong berkata, kerajaan perlu membina lebih banyak UTC.

Beliau berkata, Klinik Rakyat 1Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kesihatan hampir percuma juga adalah konsep baik, tetapi memerlukan penambahbaikan.

“Saya terbaca sesetengah klinik tidak ada doktor, hanya ada pembantu perubatan. Perlu ada doktor, jika tidak wang itu boleh digunakan untuk program perubatan lain,” katanya.

Bagi perunding perhubungan awam, Azizul Khair Mohd Ibrahim, legasi terbaik kerajaan sebelum ini ialah projek Transit Aliran Massa (MRT).

“Jika dilihat pada jumlah pengguna harian MRT, anda boleh nampak kesannya.”

Pengurus komunikasi, Dara Shaipudin, 28, berkata inisiatif PR1MA dan UTC patut dikekalkan, tetapi bukannya BR1M.

“Pemberian tunai menggalakkan kebergantungan kepada kerajaan. Program pemerkasaan rakyat lebih baik,” katanya.

UTAMANAJIB RAZAKRakyat harap 2 inisiatif dibawah pentadbiran Najib diteruskan oleh Pakatan Harapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium