Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBORNEOWanita Ditemui Mati Dengan...

Wanita Ditemui Mati Dengan Tangan, Kaki Diikat Tepi Katil - pakdin.my

SIBU: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kedua-dua belah tangannya diikat ke belakang di atas lantai bilik sewanya di Jalan Tiong Hua di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini tidak hadir bekerja semalam menyebabkan beberapa rakan sekerjanya bimbang dan mencari mangsa di kediamannya sekitar jam 3 petang semalam.

Katanya, sepasukan polis segera ke lokasi sebaik menerima panggilan bahawa mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, berasal dari Kanowit ditemui hanya berkain batik di atas lantai di tepi katil dan sudah meninggal dunia di bilik sewanya.

“Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri di bilik sewa itu memandangkan suaminya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau.

Sementara itu, menurut seorang rakan sekerja, sebelum kejadian suaminya ada menghubungi pihak pejabat untuk mencari isterinya sekitar tengah hari semalam.

Susulan itu, beberapa rakan sekerja pergi ke rumah sewa mangsa dan terkejut dengan penemuan itu.

Menurut mereka, mangsa merupakan seorang yang peramah dan kali terakhir dilihat di pejabat kelmarin.

Suami mangsa, 29, yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 4.40 petang tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya dan ditenangkan oleh anggota polis.

Mangsa dan suaminya telah berkahwin lebih kurang setahun dan belum mempunyai cahaya mata.

Stanley berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

………………..

Wanita Ditemui Mati Dengan Tangan, Kaki Diikat Tepi Katil

‘Nurnia mati akibat dihentak objek tumpul’

KANOWIT: Bedah siasat ke atas mayat Nurnia Azalea Priscila Edward mendapati wanita berusia 26 tahun itu maut berikutan kecederaan pada kepala akibat dihentak dengan benda tumpul.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata selain itu, terdapat pendarahan di bawah selaput otak serta pendarahan di permukaan otak, retak tengkorak dan lebam yang menyeluruh di bawah kulit kepala mangsa.

Katanya, bedah siasat juga mendapati mangsa mengalami banyak kesan kecederaan akibat hentakan benda tumpul yang tertumpu pada muka, kepala dan leher.

“Mangsa juga ada kesan kecederaan kerana diikat dan dijerut pada leher, pergelangan tangan dan kaki.

“Kami masih memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai Philip Uja, berusia 40-an, bagi membantu siasatan kes ini,” katanya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, jenazah Nurnia yang selesai dibedah siasat awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kanowit, jam 10 pagi tadi.

Orang ramai termasuk ahli keluarga dan rakan rapat hadir di tanah perkuburan untuk memberikan penghormatan terakhir.

Mayat Nurnia ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan tangannya diikat ke belakang, manakala kepalanya ditutup dengan kain dan tudung, jam 3.45 petang semalam.

Mangsa yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara di UTC Sibu tinggal bersendirian di bilik sewa di sebuah rumah manakala suaminya pula bertugas di Tatau, Bintulu.

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838