Dua remaja berusia 13 dan 15 tahun maut selepas teksi yang dipandu seorang daripada mereka terbabas dan melanggar pokok getah di Jalan Gadong LBJ Di Nilai, Negeri Sembilan.
Menurut jurucakap polis akibat rempuhan yang kuat kedua-dua remaja terbabit tercampak keluar dari teksi dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Nahas berlaku jam 11 malam.
Remaja 13 tahun berkenaan Mohd Nazrin Aziz memandu teksi milik bapanya membawa Muhamad Alif Mohamad Zabri bersiar ke taman berhampiran rumah.
Ketika kejadian ibu dan bapa serta keluarga Mohd Nazrin tiada di rumah kerana keluar mencari persiapan bagi menyambut Aidilfitri.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Trafik Negeri Superintenden Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian dan pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil membantu siasatan.