27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 3, 2020

Datuk Seri Ahmad Said Ikrar Beri Sokongan Kepada MB Baru (video)

 ahmad-said-tarik-balik-surat-keluar-umno

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Umno dan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menarik balik surat keluar dari parti.

Mengumumkan keputusan untuk kembali ke pangkuan Umno, Adun Kijal itu berkata beliau memohon maaf kepada Najib berhubung tindakan beliau dan Najib pula memohon maaf kepadanya berhubung salah faham mengenai tarikh perkahwinan anak perempuannya.

Beliau memberitahu sidang media di kediaman rasminya di sini bahawa dia telah bertemu dengan Perdana Menteri di Putrajaya pada awal hari Rabu.

“Pada pertemuan itu, kami bersetuju bahawa ia adalah satu salah faham kecil. Kami kedua-duanya memohon maaf dan bersetuju bahawa perkara itu telah diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata,  Ahmad berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui menteri besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.

Mohd Jidin berkata Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.

“Sehubungan itu, kita 17 Adun (BN) telah bersepakat untuk terus memimpin negeri Terengganu tanpa ada masalah.


“Yang lepas biarlah lepas. Jangan kita ambil kisah lagi. Kita perlu terus bersatu demi perpaduan parti kita,” kata Mohd Jidin.

Awal pagi semalam, Ahmad dan Ghazali mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Pada Isnin, Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif, yang juga Adun Seberang Takir, mengambil alih jawatan itu daripada beliau.

 

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini mengumumkan keluar Umno menarik balik keputusan itu.

Dalam sidang media di rumahnya di Kijal, petang tadi, Datuk Seri Ahmad Said menyatakan apa yang berlaku adalah bersifat peribadi.

Beliau kesal dan akan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri serta Menteri Besar Terengganu yang baru.

Krisis politik di Terengganu bermula apabila, Datuk Seri Ahmad Said membuat keputusan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas diikuti oleh dua ADUN lain.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...