25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Dedah Kelemahan Sesama Sendiri Runtuhkan Kekuatan Ummah, Titah Raja Nazrin

Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan titah ucapan perasmian majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Perak 1435 H
Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan titah ucapan

Sumber kekuatan ummah dan bangsa Melayu kini kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran termasuk sikap mereka semakin berlumba mendedahkan kelemahan sesama sendiri, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah mereka saling melukis wajah Melayu mana yang lebih “hodoh” bertujuan mendedahkan kelemahan masing-masing dan jika keadaan ini berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi ini.

“Umat Islam dan orang Melayu hari ini, jangan tersalah sukat, jangan tersilap bacaan, merasakan diri mereka sudah terlalu kuat.

“Umat Islam dan orang Melayu muncul sebagai tenaga pimpinan yang kuat di bumi ini pada era pra dan pasca merdeka kerana mereka ketika itu menyedari kelemahan dan kekurangan ummah dan bangsanya, lalu majoriti mereka mengambil pendirian, berusaha mengumpul dan menggabungkan setiap kekuatan yang ada sesama mereka,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-186 di sini, Khamis.

Raja Nazrin bertitah pada era pra dan pasca merdeka serta era pra dan pasca penubuhan Malaysia, meskipun berlainan kabilah politik, Melayu Islam kekal bersatu dalam perkara-perkara prinsip menyentuh martabat dan maruah bangsa serta umat Islam bersatu teguh mempertahankan perkara-perkara pokok menyentuh kesucian Islam.

Baginda bertitah Umat Islam dan orang Melayu yang berlainan pandangan dibawa berdiskusi dan berdialog secara rasional lagi bertamadun selaras dengan sifat ilmuwan yang berusaha untuk membantu ummah menemui cahaya kebenaran.


“Orang Melayu dan umat Islam ketika itu, berjiwa besar, terbuka sifatnya, luas pandangannya, lebih yakin pada dirinya lalu mencerminkan sifat kesederhanaan, menolak suara-suara ekstrem dan tidak akan mensensasikan perkara-perkara remeh”.

Mereka bersedia menerima kepelbagaian, menghormati perbezaan dan tidak bersifat homogenik, titah baginda.

Raja Nazrin bertitah pada era berkenaan kekuatan pemimpin Melayu Islam terletak kepada kepercayaan rakyat akan sifat ikhlas dan kesungguhan pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat hingga ke peringkat mengorbankan diri masing-masing.

Ini dibuktikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (perdana menteri kedua) dan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman (bekas timbalan perdana menteri) yang terus mengabadikan perkhidmatan kepada negara dan rakyat meskipun menanggung keuzuran penyakit yang berat, titah Raja Nazrin.

Baginda bertitah ketika bangsa tersilap anggapan bahawa diri telah begitu ke hadapan dalam era modenisasi dan globalisasi, ada baiknya diingatkan kembali pesanan orang tua-tua.

“‘Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’, ‘jika tersesat di hujung jalan, segera balik ke pangkal jalan’ agar bangsa tidak akan berakhir dengan senario ‘menang sorak kampung tergadai’, ‘bernasib setinggan di bumi sendiri’,” titah baginda.

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...
00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...