Dua Terbunuh, Lapan Cedera Dalam Satu Lagi Letupan Di Pattani - pakdin.my

pattani bombing 3BANGKOK  — Kumpulan pemberontak memperhebat tindakan balas dendam mereka mengakibatkan dua anggota pertahanan sukarela terkorban dan lapan yang lain cedera dalam satu lagi serangan bom di Pattani Ahad.

Ketua Polis Pattani Maj Jen Ek-Kapop Prasit-Tiwattanachai berkata sebutir bom meletup dekat sederet rumah kedai di bandaraya Pattani pada 11.50 pagi.

Beberapa buah kedai dan kenderaan rosak akibat letupan itu.

Katanya, mereka yang cedera terdiri daripada seorang anggota pertahanan sukarela, dua pekerja kedai dan lima orang awam.

Terdahulu, empat butir bom menggegar bandaraya Pattani enam jam selepas 7 malam semalam, mengakibatkan seorang awam cedera dan empat unit bangunan perniagaan dijilat api.

Maj Jen Ek-Kapop percaya letupan bom itu merupakan tindak balas pemberontak berikutan kematian 16 rakan mereka ketika menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat pada 13 Feb.

pattani bombing 4

pattani bombing 5

UTAMABERITADua Terbunuh, Lapan Cedera Dalam Satu Lagi Letupan Di Pattani

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium