Home / :: BLOG :: / Hotel tampal logo halal tapi menyediakan hidangan daging babi

Hotel tampal logo halal tapi menyediakan hidangan daging babi

HOTEL Flemington yang terletak di Taiping, Perak, diserbu kerana menyajikan babi meskipun ia mempamerkan logo Halal pada premis restorannya.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas hotel itu menemui bukti-bukti pelanggaran Perkara 4.8 (xv) manual prosedur pensijilan halal Malaysia 2014.

Antara yang ditemui, selonggok kaki haiwan dipercayai babi dalam mangkuk di dapur memasak.

Turut ditemui makanan dalam tin berunsur babi, di dalam kawasan dapur berkenaan.

Justeru pihak berkuasa mengambil tindakan menurunkan logo Halal yang ditampal pada dinding premis restoran hotel berkenaan.

Loading...

Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin dilapor telah mengesahkan perkara itu, dan memaklumkan bahawa pengiktirafan sijil Halal yang diterima restoran hotel berkenaan telah ditarik balik serta-merta.

“Kita nak bagi peringatan kepada mana-mana pengusaha supaya mematuhi arahan yang ditetapkan. Begitu juga pengguna kena pastikan premis tersebut ada sijil Halal yang sah,” katanya.

(Visited 388 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

13 comments

  1. Yussaini Abas Abas

    Tepuk3……,Malaysia Baru, sama rata sama rasa..

  2. Hamisah Jailon

    Ye betul…kami pernah nginap situ…kebetulan Naik tangga belakang..kami nampak dia sedang goreng cucuk badan bebulat2 gitu..

  3. Muhammad Jaafar

    Menteri agama dan pehak befwajip berkenaan kena bertindak tegas. Tarik logo halal tu. Restoran dan kedai makan yg ada logo halal tidak bolih langsung makanan dan minuman haram di dalam.peremis. tak kan ini pun nak kena ajar. .memang lemah sangat badan berwajip yg menjaga kebedkesanan loga halal ni.

  4. Muhammad Jaafar

    Tarik lesen dan logo halal.di perimis tersebut.

  5. Abah Kau

    Tampal muka babi kat hotel tu..

  6. Ramli Ishak

    Hotel ramai juga org melayu duduk kat sini…. Mampus kena tipu dgn towkey cina.

  7. Rickey Tedung Melancar

    jangan pergi hotel kafir…cari hotel muslim…..

  8. Fathri Shamsul

    Harap semua hotel ada routine pemeriksaan mengejut.
    Siapa yang pernah stay hotel ni terutama muslim wajib saman hotel ni……

  9. Iskandar Zainul

    Ni Hotel Flemington di Taiping Perak.

  10. JaMaya Muhamad

    Wahhh? Punya besor logo halal hotel ni. Rasanya ni hotel di Taiping tp customer pun cina x perlu ada logo tu…kecuali nk tarik org islam dtg.

  11. Raja Farhani

    Power kan kuasa org islam ni……geng2 kapir sanggup menyamar utk mengelirukan pengguna islam……sebenarnya kuasa ekonomi duduk kat org islam…….tanpa melayu islam sapa la cina kapir…….jom boikot……

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...