Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Malaysia

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Malaysia
23,067
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Thailand

Thailand
1,476,477
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
1,330,019
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
Thailand
15,363
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Global

All countries
228,955,299
Confirmed
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
203,833,333
Recovered
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am
All countries
4,700,355
Deaths
Updated on September 19, 2021 07:55 7:55 am

Jangan Melampau Bila Beraya

shopping-raya-3

Suasana pejabat semakin lengang, kalaupun ada yang bekerja mungkin fikiran sudah melayang jauh ke kampung halaman.

Mata pula tidak habis-habis menjeling ke arah kalendar merenung kotak 28 Julai bersamaan 1 Syawal yang ditanda cuti umum Hari Raya Puasa.

Kalau bercakap pun dengan kawan-kawan, topik lazim “bila cuti, dah beli baju raya, dah buat kuih raya…”

Mood raya semakin terasa bila ada pula rakan yang mainkan lagu raya.

“Balik kampung oh oh balik kampung oh oh balik kampung hati girang … “. Terngiang-ngiang di telinga lagu Datuk Sudirman Haji Arshad yang sinonim dengan tradisi balik kampung menjelang hari raya atau hari lebaran.

Bagi sesetengah perantau di kota, cuti umum hari raya satu kesempatan untuk menziarahi emak dan ayah, adik-beradik atau sanak-saudara nun jauh di kampung.

Jika sebelum ini mereka sibuk mencari rezeki, bekerja pun tidak menentu hari tetapi bila datang hari raya, pasti anak perantau ini, sesibuk mana pun, akan pulang ke kampung halaman walaupun terpaksa menggunakan pengangkutan awam.

Dalam menyambut kedatangan Hari Raya Puasa atau 1 Syawal, banyak perkara yang perlu diambil kira untuk menjadikan ibadah Ramadan tidak menjadi sia-sia.

PERLU BAJET BELANJA

Apapun persiapan hari raya, perlu perancangan tambahan jika ia melibatkan kewangan. Penjawat awam menerima gaji bulan Julai seawal 22 Julai dan gaji berikutnya mungkin penghujung Ogos.

Jangan pula nanti habis raya, habis menggigit jari, menghitung hari bila pula nak gaji!

Buat bajet dan persiapan awal. Ini yang diamalkan penjawat awam, Nuha Azhari sejak bujang lagi.

Dia tidak mengharapkan gaji semata-mata untuk persiapan hari raya.

“Sejak bujang saya biasakan menyimpan. Banyak simpan wang syiling dan bila nak raya, bawa duit ke bank untuk ditukar kepada wang kertas.

“Saya tak berani nak tunggu gaji semata-mata untuk belanja raya, silap-silap nanti habis raya, wang dah tak ada,” kata Nuha yang berasal dari Taiping, Perak.

PERSIAPAN AWAL

Penjawat awam ini membuat persiapan hari raya membeli pakaian untuk anaknya seawal minggu pertama Ramadan lagi.

“Masa itupun kompleks membeli-belah yang saya kunjungi sudah pun sesak. Nampaknya ramai yang membuat persiapan awal, bukan saya sahaja”, tambahnya.

Nuha meletakkan bajet RM200 untuk setiap orang anaknya untuk membeli pakaian kasual.

“Baju kurung dan baju Melayu untuk anak tak perlu beli. Saya ada tempah baju-baju ini semasa perkahwinan adik saya Jun lepas, masih baru dan boleh dipakai lagi.

“Saya dan suami saya tak beli pun baju baru, pakai apa yang ada”, kata Nuha.

Tahun ini, Nuha akan balik beraya di kampungnya di Taiping sebelum berkunjung ke rumah mentuanya di Lenggong.

Ditanya mengenai kuih raya, beliau memberitahu penulis dia hanya membuat dua jenis kuih dan membeli dua jenis lagi sebagai buah tangan pulang ke kampung.

RAYA JUGA IBADAH

Ada dua tujuan menyambut hari raya iaitu mengagung kebesaran Allah dan bersyukur. Ini kata Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Rizzuan yang sempat penulis temui selepas memberi ceramah di Wisma Bernama sempena bulan Ramadan.

Asyraf adalah juara musim pertama program Imam Muda anjuran Astro Oasis pada 2010.

“Cuba kita lihat samada kita mengambil berat perkara ini ketika menyambut hari raya. Contohnya, ikut suka kita hendak berseronok, bercampur lelaki dan perempuan dengan pakaian yang tidak menutup aurat. Adakah itu tanda membesarkan Allah dan tanda kesyukuran?

“Kita kena ingat hari raya bukan adat. Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha adalah ibadah”, jelasnya.

Menurut beliau, Islam tidak melarang adat atau tradisi berhari raya seperti balik kampung, maaf-bermaafan serta mengadakan “rumah terbuka” sempena hari raya.

“Islam tidak menghalang adat yang baik, yang bersesuaian dan tidak dianggap melampau. Kita juga tidak digalakkan bersedih pada hari raya.

“Nabi kata zahirkan kegembiraan kamu dengan pakaian yang baik-baik. Nabi sendiri pakai pakaian yang Nabi pernah pakai, bukan baru.

“Tapi bagi kita pakaian baik adalah pakaian baru. Tidak salah kalau kita nak beli pakaian baru, yang salahnya kalau berlebih-lebihan dan membazir”, jelas Asyraf.

IKUT KEMAMPUAN

Menurut Asyraf, perbelanjaan untuk beraya perlu mengikut kemampuan seseorang.

Ini termasuk menyediakan juadah hari raya atau menganjurkan rumah terbuka.

“Jangan melampau semasa berbelanja. Berayalah ikut kemampuan. Sama seperti mengadakan kenduri kahwin, jangan melampaui batas, berlebih-lebihan, menjamu pula memilih-milih, mengasingkan orang kenamaan dengan orang biasa.

“Kita boleh memuliakan tetapi jangan nampak sangat jurang perbezaan”, katanya.

Terdapat kecenderungan untuk berhutang semata-mata mahu beraya sakan termasuk berbelanja menggunakan kad kredit.

Mengulas perkara ini, Asyraf berkata Nabi Muhammad SAW menegah sikap suka berhutang kerana hutang itu satu keaiban.

Bagaimanapun, beliau berkata Islam membenarkan hutang untuk membeli keperluan seperti dalam kes-kes tertentu iaitu membeli rumah dan kenderaan.

“Tapi berhutang untuk membeli pakaian raya secara berlebih-lebihan, Islam tidak sampai begitu.

“Kalau dia berhutang untuk membeli baju raya maka bukan lagi kewajipan dia membeli baju raya,” jelasnya.

LAGI PESANAN

Asyraf juga berpesan kepada mereka yang akan balik kampung menggunakan kenderaan sendiri supaya merancang perjalanan dan berakhlak baik ketika berada di lokasi persinggahan R&R.

“Banyak sunah Nabi (Muhammad SAW) yang ada tetapi kita tidak perasan. Memang tak ada sunah Nabi suruh kita bawa kereta baik-baik tetapi merancang perjalanan itu satu sunah”, katanya.

Beliau menjelaskan, Nabi melarang sahabat baginda bermusafir dalam keadaan tidak menyediakan untanya dengan baik.

“Samalah dengan kita perlu servis dulu kereta, berhati-hati di jalan raya, sediakan persiapan untuk anak dan bawa buah tangan untuk keluarga di kampung.

“Tengok jadual yang Plus keluarkan. Sebagai contoh, orang Perak balik hari apa, pukul berapa. Siapa yang merancang dan tidak mahu menyusahkan orang, itu juga dikira sunah”, katanya.

Berkaitan