29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Kerana malas membaca orang Melayu mudah di perkotak katikkan

Professor Ramlah Adam dalam satu kuliahnya Khamis lalu menyebut betapa masyarakat kita terutama masyarakat Melayu cukup malas membaca, Ia satu pemerhatian yang ada kebenarannya.
Dizaman media baru ini banyak sekali budaya ‘copy & paste’, tanpa membaca. Kalau baca pun, sekadar baca tajuk.

BACA: Komen mencerca berdasarkan tajuk tanpa melihat berita sebenar https://pakdin.my/komen-berdasarkan-tajuk-tanpa-melihat-berita-sebenar/

Satu analisa bagaimana merebaknya ‘Arab Spring’ yang menghuru harakan negara Arab menunjukkan senjata utama ialah ‘Media Baru Dan Internet’, ia banyak ditaja oleh elemen pro Zion.

Apakah mungkin kerana bangsa Arab dulu malas membaca dan hidup berpecah belah dalam suasana ‘Asabiyyah’ yang tebal maka turun perintah ‘Iqrak’ ia ini bacalah kepada mereka melalui Rasulullah SAW?

Budaya ini makin meluas kalangan orang Melayu kini seperti pemerhatian Prof Ramlah Adam. Ketagihan pada berita sensasi, ‘fake news’ dan seumpamanya termasuk memilih untuk membaca ‘caption’ dan membuat konklusi dengannya.

Baru baru ini IRI (International Republican Institute) yang berpengkalan di USA membuat pengakuan mereka sejak tahun 2002 telah bekerjasama dengan pembangkang di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

BACA: Video Pengakuan NGO Asing membiayai usaha menjatuhkan BN sejak 2002 https://pakdin.my/video-pengakuan-ngo-asing-membiayai-usaha-menjatuhkan-bn-sejak-2002/

Umum mengetahui antara cara yang di gunakan ialah dengan membiayai Media dan Portal tertentu. Ternyata usaha agent ‘Pro Zion’ ini sangat berjaya.

Baru baru ini terdedah pula berita bagaimana ratusan mungkin ribuan akaun ‘facebook’ dan ‘Whatsapp’ serta ‘twitter’ yang menyamar menggunakan nama Melayu dan Islam, walau sebenarnya individu tersebut bukan Melayu dan bukan Islam.

Tugas mereka ialah mempengaruhi perbualan maya untuk memecah belahkan orang Melayu dan Islam. Dalam semua episod ini, nampaknya orang Melayu dan generasi muda menjadi mangsa.

Justeru itu, berhati hatilah. Banyak bidalan Melayu yang boleh jadi peringatan.. Seperti Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna, banyak ayat ayat Al Quran dan hadis memperingati supaya berhati hati dengan berita palsu.

Kerajaan Pakaran Harapan yang terbukti ditaja oleh agen-agen yang telah membuat pengakuan terbuka, semakin ketara dan mula melaksana agenda yang selari dengan dasar penajanya.

Maka sudah pasti ‘liberalisma’, ‘pluralisma’, ‘sosialisma’, hatta ‘komunisma’ tidak menjadi halangan lagi.

Malah undang undang seperti SOSMA dan Anti Berita Palsu pasti di hapuskan agar agent-agent penaja ‘pro zion’ dan ‘pro sosialis’ serta ‘pro underworld’ boleh bergerak bebas.

Sistem percukaian ‘pro Towkeh’ dan ‘pro black economy’ di bawa masuk, kiblat ekonomi pro US dalam ‘trade war ‘ US-CHINA dan berbagai lagi.

Ini benar benar Malaysia Baru, tinggal lagi yang baru itu ‘APA DAN MEMBAWA KITA KE MANA’?






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan