28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Lawatan Ke Gaza Lancar, Selamat Dan Berjaya, Kata @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Aqsa di sini hari ini.Turut hadir Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Aqsa di sini hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan urusan lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza hari ini sebagai lancar, selamat dan berjaya.

Menulis ringkas menerusi laman tweeternya di @NajibRazak, Selasa malam, Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu disambut Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Melalui tulisan yang dimuatnaik kira-kira dua jam lalu dan di’retweet’ oleh 532 orang itu, Najib yang mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin turut berkongsi pengalaman beliau mengunjungi tapak projek sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah.

“Saya telah lawat Gaza dan disambut PM Ismail Haniyeh. Sempat juga kunjungi tapak projek sekolah (yang dibiayai) Malaysia. Alhamdulillah, urusan di Gaza berjalan dengan selamat dan jayanya,” kata Najib.

Perdana Menteri turut melahirkan harapan yang lawatan singkat itu mampu mengeratkan silaturrahim antara dua negara.

Najib turut memuat naik gambar beliau bersama Ismail Haniyeh menerusi laman sosial facebook beliau dan mendapat hampir 10,000 ‘like’ dalam tempoh sama.

Perdana menteri yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Kaherah pada pukul 9 malam tadi, waktu tempatan (Waktu Malaysia 3.00 petang).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi bertemu Menteri Kabinet Palestin di Bandar Gaza di sini hari ini.Turut sama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi bertemu Menteri Kabinet Palestin di Bandar Gaza di sini hari ini.
Turut sama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan