Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Global

All countries
245,927,235
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
All countries
221,155,980
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
All countries
4,990,603
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Muktamar Tahunan PAS: Ulama Diseru Pertahan Jati Diri

GOMBAK: Ahli Dewan Ulama PAS pusat, diseru mempertahankan jati diri diri serta tidak mengikut rentak pihak tertentu termasuk Pakatan Rakyat dalam usaha menyuburkan perjuangan parti tersebut pada masa hadapan.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, identiti dan jati diri Islam penting kerana ia merupakan tunjang dan dasar parti Islam itu sejak awal penubuhannya.

“Kepimpinan PAS tidak boleh membiarkan parti kehilangan identiti dan jati diri Islam semata-mata kerana terlalu meraikan kehendak pihak-pihak lain termasuk rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

“PAS dinamik dalam menangani perubahan tanpa mengorbankan al-thawabit (pendirian).

“Tidak ada kompromi dalam soal hukum halal dan haram yang telah dinyatakan secara sarih (jelas) dan nyata dalam al-Quran dan al-Sunnah,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS pusat di Markas parti itu di Taman Melewar di sini, Khamis.

Teks ucapannya bertajuk ‘ Ulama Haraki Teraju Kemenangan’ dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakub.

Kira-kira 182 perwakilan hadir pada Muktamar Dewan Ulama PAS pusat kali ke-57 pada Khamis.

Dua ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Dzulkefly Ahmad serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufik Ghani hadir sebagai pemerhati pada Muktamar Dewan Ulama PAS pusat.

Harun mengingatkan, PAS perlu mendukung kepimpinan ‘ulama haraki’ yang berteraskan al-Quran dan Sunnah Wal Jamaah.

“Perjuangan PAS perlu berpaksikan tadaruj (berperingkat-peringkat) kepada tempoh tertentu yang berakhir dengan pelaksanaan sepenuhnya hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

“Oleh itu, gerakan Islam seperti PAS perlu sentiasa didokong oleh golongan ‘ulama haraki’,” katanya.

Jelasnya, golongan berkenaan adalah golongan yang memiliki ilmu agama, melaksanakan perjuangan dengan sabar serta tidak sekali-kali berhenti daripada melaksanakan perjuangan menegakkan syiar Islam.

“PAS yang berdiri di atas paksi kepimpinan ulama, perlulah memiliki tenaga alim ulama yang setia dan bergerak cergas sama ada di peringkat atasan seperti syura, ahli jawatankuasa harian, ahli jawatankuasa kerja, mahupun para pengurusan ulama di peringkat negeri atau kawasan,” katanya.

Oleh itu, beliau menyeru supaya kepimpinan ulama disokong oleh para pembantu yang turut memiliki kualiti yang sama.

“Golongan inilah yang akan menjaga dasar-dasar Islam sepanjang parti melaksanakan amanah kepemimpinan, meneraju umat ke arah kemenangan yang diimpikan, di dunia dan di akhirat, -Insya-Allah,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021