Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Global

All countries
232,360,218
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
207,251,469
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
4,758,748
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

PRK Pengkalan Kubor: PKR Kelantan Setuju PAS Tanding

wpid-prk-pengkalan-kubor-pas-ganti-pkr.jpg

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan bersetuju memberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kepada PAS untuk ditandingi dalam pilihan raya kecil (PRK) 25 September ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu bagaimanapun belum diputuskan oleh pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat.

“PAS dan PKR Kelantan pada dasarnya telah membuat pertimbangan, walaupun kerusi DUN Pengkalan Kubor dulu ditandingi PKR tetapi mereka bersedia ia ditandingi oleh PAS.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada keputusan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Ahad.

Mustafa berkata, pimpinan PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini.

“Kita akan bertemu dalam masa terdekat untuk menimbang dan memutuskan perkara ini,” katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor menjadi kontroversi dalam Pakatan Rakyat apabila terdapat gesaan daripada PAS yang mahu kerusi milik PKR itu ditandingi parti itu dalam PRK akhir bulan ini.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

Berkaitan