25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 23, 2021

Suspek Siar Maklumat Palsu Pembunuhan Di Sabah Di Facebook Ditahan

viral-palsu-pembunuhan-sabah

Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz yang dipercayai menyebarkan maklumat palsu mengenai kejadian bunuh dan culik tiga kanak-kanak warga Filipina, di restoran Kuta Bistro Waterfront, Jumaat malam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra dalam kenyataan Sabtu berkata, suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan kira-kira pukul 8.45 malam.

Beliau berkata, pihaknya turut membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek di bangunan LCP Trading, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam dan merampas beberapa barang yang berkaitan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, polis menafikan ada kejadian bunuh dan culik tiga orang kanak-kanak warga Filipina dari Sepanggar seperti yang disiarkan dalam Facebook suspek Selasa lepas.

Pemilik laman sosial itu mendakwa terdapat dua mayat ditemukan di Kampung Delima dan satu mayat di Sembulan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.