26 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Trail Baharu Kinabalu Dibina Dengan 'Kasih Sayang', Dapat Jimatkan Kos

KUNDASANG: Kos pembinaan trail baharu ke puncak Kinabalu berjaya dijimatkan dan tidak mencecah setengah juta ringgit.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata setelah pengiraan dibuat, kos itu agak mengejutkan berbanding kerosakan trail akibat gempa bumi yang menggegarkan daerah Ranau Jun lalu.

“Kos keseluruhan pembinaan ini adalah kurang dari RM400,000 ribu.

“Saya kira ia adalah rendah kerana semua yang terlibat dengan tugas ini menjalankan tugas membina trail yang rosak dengan penuh kasih sayang,” katanya sebelum melakukan pelepasan pasukan pertama pendaki trail Ranau yang mula dibuka kepada umum untuk pendakian pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais.

Pendaki berehat di kilometer 4 trail baharu.

Menurut Masidi beliau percaya mereka yang terlibat dalam pembinaan trail ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan ia siap mengikut perancangan.

“Satu kerja baik dilakukan oleh majoriti penduduk tempatan khususnya malim gunung.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat, saya percaya mereka melakukan ini bukan kerana mahukan keuntungan atau sebagainya,” katanya.

Sebelum melakukan pelepasan, Masidi sempat mengumumkan kadar baharu untuk malim gunung yang dinaikkan berkuatkuasa 1 Disember 2015.

Katanya, malim gunung juga akan dilindungi dari segi insurans untuk sepanjang tahun.

“Oleh itu malim-malim gunung akan dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih baik dengan mengambil kira kebajikan mereka,” katanya.

Pendaki bergerak meninggalkan check point Layang-Layang.

Sementara itu Jamili berkata pihaknya telah membeli kayu-kayu baharu untuk pembinaan trail baharu ini.

Tetapi katanya, terdapat juga kayu-kayu lama yang digunapakai semula.

Berita Berkaitan

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

PRN Sabah: Calon DAP bertanding guna lambang Warisan

Calon DAP akan bertanding pada Pilihan Raya Sabah menggunakan lambang Warisan. Setiausaha Agung Lim Guan...

Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN

Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk...

MP Kudat pertahan dakwaan Veveonah menipu

Timbalan Menteri sudah minta maaf atas kenyataan beliau menafikan Veveonah tidak mengambil peperiksaan diatas...

PKR Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Di Sabah

Presiden PKR Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal pagi ini untuk membincangkan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan