25.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

Video lucah janak-kanak dalam telefon, lelaki Malaysia ditahan di Australia

Seorang lelaki Malaysia ditahan di Australia selepas beliau dikesan menyimpan rakaman penderaan seks kanak-kanak di telefon bimbitnya.

Suspek, 36, ditangkap anggota Angkatan Sempadan Australia (ABF) di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth kelmarin selepas bagasinya diperiksa sebaik tiba dari sini.

“Ketika memeriksa telefon bimbitnya, pegawai kami menemui bahan menjijikkan termasuk video yang menggambarkan penderaan seksual kanak-kanak,” kata ABF semalam.

“Pegawai kami merampas telefon beliau dan membatalkan visa pelawatnya.”

Lelaki itu didakwa kerana membawa bahan terlarang bawah Akta Kastam Australia. Dia berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda hingga A$525,000 (RM1.52 juta).

Berita Berkaitan

Sanggah campur tangan Agong, UMANY serlah kebiadaban

Tindakan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) mempersoal Yang di-Pertuan Agong (YDPA),...

Lelaki bersenjata pisau bunuh 3 orang awam di gereja Perancis

NICE: Seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah gereja di sini membunuh tiga orang awam,...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Komen

..