[DINtv] #PRKTanjungPiai: Kempen menghasut kebencian antara kaum dan agama oleh Salahuddin Ayub - pakdin.my

Lim Ki Siang mana?
Sebelum ini Lim Kit Siang kata pengundi dihujani pembohongan, berita palsu dan kebencian

BACA sini: #PRKTanjungPiai: Pengundi dihujani pembohongan, berita palsu dan kebencian, kata Kit Siang
https://pakdin.my/prktanjungpiai-pengundi-dihujani-pembohongan-berita-palsu-dan-kebencian-kata-kit-siang/

…………..
Kempen berbaur rasis dan chauvinis oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Pakatan Harapan (PH) – Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Seri Salahuddin Ayub melalui video yang tular berkenaaan perjumpaan tertutup di SJKC Pei Chio, Kukup Laut di bawah Parlimen P.165 Tanjung Piai.

Petikan kata-kata Salahuddin yang jelas berbaur perkauman dan mencetuskan kebencian adalah, “Saya tau ada marahkan PH, tapi ingat … kalau bagi balik BN berkuasa … dia kawan sama PAS… ini ‘country’ akan huru hara … kita boleh berniaga, boleh sekolahkan anak, takda orang tembak sana sini, takda org bakar sana sini. Nak berniaga tak boleh nak pergi laut tak boleh.”

Kenyataan Salahuddun jelas bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu di bawah ‘Kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan’:

“4A. (1) Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.”

“Kempen PRK Tanjung Piai tidak seharusnya dijadikan medan menyemarakkan api perkauman sebagaimana yang sering dilakukan oleh PH dalam siri-siri kempen PRK terdahulu.

“Sebagai contoh, kes Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran yang berkempen secara rasis di PRK Rantau juga sehingga kini sepi tanpa apa-apa tindakan pihak SPR biarpun puluhan laporan polis telah dibuat,” bidas beliau dalam kenyataan media hari ini.

UTAMAPILIHAN RAYA #PRKTanjungPiai: Kempen menghasut kebencian antara kaum dan agama oleh Salahuddin Ayub

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium