Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALWan Saiful ‘KOYAK’, hadkan...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook - pakdin.my

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri Najib, beliau semakin teruk di-troll oleh netizen yang beliau gelarkan sebagai “cybertrooper Najib”.

Akibatnya beliau terpaksa hadkan komen yang dibuat netizen, mungkin dihadkan hanya kepada rakan-rakan yang mengenalinya sahaja kerana selepas itu semakin ramai ke Facebook beliau untuk mengecamnya.

Sungguhpun begitu komen-komen yang sempat dibuat dan masih boleh dibaca sehingga kini boleh dikatakan semuanya mengecam Wan Saiful kerana membuat pelbagai kenyataan yang mengundang kemarahan ramai.

Namun dua posting beliau selepas itu tidak dihadkan dan seperti sebelumnya, hampir kesemua yang membuat komen mengecam beliau kerana menuduh mereka sebagai cybertrooper sedangkan itu akaun sebenar mereka.

Wan Saiful sepatutnya menyemak terlebih dahulu sebelum menuduh yang bukan-bukan apatah lagi beliau sepatutnya memberi penerangan kepada rakyat, bukannya menuduh rakyat sembarangan.

Apa yang Wan Saiful tidak faham atau sengaja menuduh ialah, ribuan netizen yang membuat komen di Facebook beliau bukanlah cybertrooper tetapi dalam kalangan rakyat yang terkesan dan marah dengan pelbagai tuduhan yang akhir-akhir ini dilemparkan kepada rakyat di sebalik kegagalan kerajaan.

Apabila “total lockdown” separa masak yang dibuat kerajaan gagal menurunkan jumlah mereka yang terjangkit kerana SOP cacamarba kerajaan, rakyat yang disalahkan.

Apabila kerajaan gagal menyediakan dan menyegerakan keperluan vaksin mencukupi, rakyat juga yang disalahkan. Bahkan Wan Saiful sendiri memberi cadangan agar dibuat tarikh tutup untuk mendaftar vaksin, seolah-olah rakyat yang salah kerana tidak mahu mendaftar sedangkan vaksinpun masih tidak cukup.

Mungkin saranan ini beliau rasakan sebagai bijak tetapi sebenarnya hanya menyusahkan rakyat dan semakin menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Malah jumlah positif Covid-19 yang meningkat ketika ini juga dikaitkan dengan rakyat yang tidak patuh SOP sedangkan kerajaan sendiri yang membenarkan kilang-kilang besar beroperasi walaupun tahu di sanalah punca merebaknya Covid-19 – seperti yang diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Malanglah kerajaan hari ini kerana Wan Saiful diangkat menjadi Ketua Penerangan Bersatu tetapi beliau sendiri gagal memahami bahawa tugas-tugas hakikinya adalah untuk memberi penerangan sebaik mungkin yang boleh diterima rakyat.

Bukannya asyik menuduh rakyat yang tidak berpuas hati di atas kegagalan kerajaan sebagai cybertrooper serta menyalahkan rakyat kerana tidak mendaftar vaksin.

Cukup-cukuplah Wan Saiful untuk menyalahkan rakyat sedangkan andalah yang gagal memberi penerangan.

Jika beginilah tahap dan kualiti ‘penerangan’ Wan Saiful, maka adalah lebih baik beliau menjadi cybertrooper kerajaan ataupun JKOM sahaja. Cuma dinasihatkan selepas ini agar beliau jangan cepat ‘koyak’ apabila dikecam.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674