[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar - pakdin.my

Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita yang maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan teman lelaki mangsa berusia 33 tahun pada jam 11.30 pagi, semalam.

“Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selepas dia datang menyerah diri.

“Hasil soal siasat dilakukan, lelaki berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu. Motif pembunuhan itu dipercayai kerana cemburu.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, dilaporkan seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan miliknya.

Anbalagan dipetik berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai pergaduhan terbabit.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar di leher.

Janngan lupa subscribe

BACA juga:

UTAMABERITA Motif cemburu punca wanita maut dikelar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium