Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di tiga negeri dikuasai Kerajaan Perpaduan sendiri, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN berkata tumpuan penuh akan diberikan kepada kesemua enam negeri yang terlibat terutama dari segi kesiapsiagaan jentera parti.
“Tak boleh kata kita, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang (dikuasai Kerajaan Perpaduan) kita ada kelebihan, tidak ada perkara seperti itu, sebab pilihan raya sama macam main bola juga,” katanya kepada kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Ja’afar di sini hari ini.
Selain Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tiga negeri lain yang akan berhadapan PRN ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dikuasai pembangkang.
VIDEO berkaitan
Mohamad berkata BN dan Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua kerusi dipertandingkan namun setakat ini rundingan pembahagian kerusi antara kedua-duanya belum lagi dimuktamadkan.
“Rundingan calon (nama calon) elok buat kemudian…biar kita mantapkan jentera dulu, bila dah bersedia maka pemimpin parti akan rundingkan pembahagian kerusi dan mencalonkan calon yang mesti menang,” katanya.
BACA juga:
- PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan kerusi DUN Gemencheh
- [VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi
- Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid
- #PRNJohor : Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan kata Najib
- [Video] #PRNJohor : SPR sahkan BN menang 40 kerusi, PH 12, PN 3