Friday - July 30, 2021 @ 10:07
NASIONALSABAH#CerobohSabah: Bahayakan masa depan Sabah

#CerobohSabah: Bahayakan masa depan Sabah

Tengku Razaleigh HamzahInsiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah, perlu dipandang serius kerana boleh membahayakan masa depan negeri itu.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kegagalan mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan asing dikhuatiri akan berulang lagi pada masa depan.

“Rampasan wilayah kita tanpa pengetahuan atau langkah untuk mencegahnya mendatangkan kerisauan kepada rakyat Malaysia terutamanya di Sabah. Integriti dan keselamatan Sabah telah dicabar.

“Peristiwa sebegini mungkin berulang lagi. Rakyat Sabah dan negeri mereka perlu dilindungi sebagai tanggungjawab politik,” kata veteran politik itu semalam.

Beliau berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan kepada penduduk Sabah dalam menghadapi situasi getir itu.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here