30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Jamil Khir buat laporan polis

jamil-khir-yapeim-laporan-polis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat laporan polis di sini hari ini, berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada pukul 2.30 petang bersama peguam, Adnan Seman @Abdullah dan beberapa pegawainya.

Jumaat lalu, portal berita, The Malaysian Insider melaporkan dakwaan Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir mengenai lawatan Jamil Khir dan mendedahkan beberapa dokumen yang merujuk kepada perbelanjaan menteri itu ke luar negara untuk menghadiri program dan dibiayai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pada hari yang sama, Jamil Khir menjelaskan lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis, Jamil Khir berkata dakwaan Akmal mengenai program di AS bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah NOW (Akmal) yang melakukan fitnah jahat dan tuduhan keji kepada saya. “Saya sentiasa bersedia dan terbuka untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku,” katanya.


Ditanya sekiranya Akmal enggan meminta maaf, Jamil Khir berkata “kita jumpa di mahkamah”.

Dalam laporan polis itu, Jamil Khir berkata Akmal secara sengaja memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan kepada umum bahawa beliau seorang menteri yang korup, mencuri dan menyalahgunakan duit anak yatim dan tidak amanah.

“Ini satu serangan terhadap saya di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata pihaknya (Adnan Sharida & Associates) akan mengeluarkan satu lagi surat tuntutan esok (Isnin) bagi mengarahkan Akmal menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara lisan dan bertulis.

“Kita akan beri Akmal dua hari (menarik balik kenyataan, memohon maaf) Jika gagal, kita akan memfailkan saman di mahkamah…paling lewat pada Jumaat,” katanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...