27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Ya, saya jumpa pemimpin UMNO Sabah – Dr Mahathir

Kalau degil tak mau ikut cakap Mahathir akan menerima akibatnya.

Laporan terhadap SPRM akan dibuat oleh FELCRA dipercayai membabitkan Bung Mokhtar yang tidak keluar dari UMNO.
….

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beberapa bekas pemimpin UMNO Sabah yang keluar daripada parti itu, ada bertemunya di Putrajaya minggu lalu.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu diadakan kerana mereka mahu menyatakan hasrat untuk meninggalkan UMNO kepadanya.

“Ya, mereka ada bertemu saya dan beritahu yang mereka mahu tinggalkan UMNO,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran PROTON X70 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi.

Terdahulu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor, bersama 14 wakil rakyat dan 21 ketua Bahagian meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.

Mereka termasuk sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akin (Usukan), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Turut sama ialah empat Ahli Parlimen iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) dan Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran), manakala dua lagi Senator ialah Datuk John Ambrose yang juga Ketua UMNO Bahagian Penampang serta Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang mengetuai UMNO Bahagian Pensiangan.

Ahli Parlimen Sipitang, Hafez Yamani Musa, yang belum mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, turut menyuarakan hasrat keluar UMNO untuk bersama kumpulan terbabit.

Ditanya mengenai wujud plot tertentu untuk menarik pemimpin UMNO meninggalkan parti keramat Melayu itu, Dr Mahathir menafikannya dan menegaskan mereka keluar atas kehendak sendiri.

“Mereka mahu keluar. Mereka ada fikiran dan pandangan tersendiri. Jika mereka tidak mahu keluar, mereka boleh kekal dalam UMNO,” katanya.

Mengenai kesediaan parti komponen PH untuk menerima bekas pemimpin UMNO Sabah itu sebagai ahli, Dr Mahathir berkata, ia bergantung kepada sikap serta sama ada mereka memiliki rekod melakukan kesalahan semasa pentadbiran lalu.

“Ia bergantung pada sikap mereka. Jika mereka membantu dan tidak melakukan kesalahan pada masa lalu, kita akan terima mereka.

“Mereka perlu kekal sebagai wakil rakyat bebas buat masa ini dan menunjukkan sokongan kepada kerajaan,” katanya.

https://pakdin.my/tag/umno






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan