30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Kerajaan perlu hati-hati ketika menuduh negara lain, kata GERAKAN

Kerajaan perlu lebih berwaspada dalam membuat dakwaan berkaitan negara lain jika tidak mahu menanggung risiko hubungan diplomatik dan perdagangan, kata Gerakan.

Setiausaha Agungnya Datuk Liang Teck Meng merujuk kepada dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung syarikat China – China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).

Lim dilaporkan berkata CPPB menggunakan pinjaman yang diterimanya untuk projek saluran paip di Malaysia untuk ‘bail out’ 1MDB.


Pegawai khas Lim, Tony Pua juga membuat dakwaan sama dua minggu lalu.

Syarikat itu telah menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai “palsu seluruhnya”.

“Syarikat China ini subsidiari penuh kepada syarikat keempat terbesar di dunia dari segi hasil, dan milik penuh kerajaan China.

“Semalam, syarikat ini mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan memberi amaran kepada media agar membuat laporan yang tepat dan tidak dipengaruhi atau ditekan oleh sumber tidak bernama untuk melaporkan maklumat palsu yang memfitnah mereka.


“Ini adalah pukulan hebat terhadap kewibawaan dan reputasi menteri kewangan kerana beliau kini dituduh memberi maklumat palsu dan memfitnah negara lain,” katanya lagi.

Liang menggesa Lim dan Pua untuk memberi penjelasan jika CPPB telah membuat bayaran lebih untuk projek saluran paip itu untuk menipu Malaysia.

Beliau juga meminta mereka mengisytiharkan sama ada pasti syarikat itu tiada niat untuk menyiapkan projek itu walaupun menerima sebahagian besar bayaran, dan sama ada mereka pasti syarikat itu berpakat dengan kerajaan BN dahulu untuk mengubah wang haram.

Tanpa bukti untuk menyokong dakwaan mereka, Liang menggesa Lim dan Pua agar menjauhi dakwaan “bermotif politik” yang menurutnya boleh menyebabkan “bahaya kepada pelaburan, eksport dan akhirnya rakyat kita sendiri”.


…………..

Rujukan: https://pakdin.my/firma-china-nafi-dana-diseleweng-untuk-bantu-1mdb-bayar-hutang/

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan