Home NAJIB RAZAK PART 1: Soalan-soalan yang tidak akan dijawab oleh pemimpin PH tentang kes-kes...

PART 1: Soalan-soalan yang tidak akan dijawab oleh pemimpin PH tentang kes-kes saya – Najib Razak

Oleh kerana penyokong PH tak puas hati bahawa saya menjawab bakal PM5/6/7/8/9 semalam tentang desakan PH untuk mengadakan sesi parlimen dua hari untuk membentangkan pakej rangsangan Covid, mereka telah mengulangkan serangan mereka kepada saya.

- Advertisement -

Oleh kerana mereka gagal menyangkal tulisan saya semalam, serangan mereka adalah berbunyi berikut.

“Najib ada berpuluh tuduhan mahkamah terhadap dia. Masih mahu percaya Najib ke?”

Saya nak jelaskan sedikit.

Parti pemerintah bole menggunakan kuasa kerajaan untuk mengenakan seberapa banyak tuduhan yang mereka mahu ke atas mana-mana individu yang mereka mahu sasarkan.

(Pada masa yang sama, mereka juga boleh gugurkan tuduhan-tuduhan ke atas mana-mana individu seperti dalam kes Guan Eng dan hampir semua pemimpin-pemimpin PH)

- Advertisement -

Tetapi apabila kita tanya mereka sedikit lagi mendalam tentang tuduhan-tuduhan mahkamah terhadap saya, pemimpin-pemimpin PH akan gagal menjawab.

Saya bagi contoh soalan-soalan yang mereka akan gagal jawab.

SOALAN 1: Apakah sebenarnya tuduhan-tuduhan terhadap Najib dalam kes SRC?

Jawapan sSecara ringkas:

1. Saya dituduh salahgunakan kuasa untuk menyokong SRC meminjam RM4 bilion dari KWAP pada tahun 2011 supaya saya boleh menerima RM42 juta (1% dari RM4 bilion) pada akhir tahun 2014, iaitu 3 1/2 tahun selepas SRC menerima wang dana dari KWAP.

Wang itu dibayar kepada saya oleh sebuah syarikat swasta yang telah dibayar oleh sebuah lagi anak syarikat SRC,

Cuba tanya pemimpin PH kenapa Najib perlu tunggu 4 tahun sebelum cuba “mencuri” hanya 1% dari wang RM4 bilion itu dan selepas “mencurinya” kenapa dia letak dalam akaun nama sendiri dan membelanjakannya untuk tujuan politik dan CSR dan bukan untuk kegunaan peribadi?

2. Saya juga dituduh menggunakan wang RM42 juta itu untuk membiayai perbelanjaan untuk pelbagai aktiviti NGO dan politik.

Saya bukan dituduh telah menggelapkan atau menerima RM4 bilion dari SRC walaupun setengah-setengah tajuk berita media dan propaganda PH memberi gambaran begitu.

- Advertisement -

SOALAN 2: Di manakah baki wang RM4 bilion KWAP dan kenapa tak pernah sekalipun tak pernah dengar kerajaan PH mahu mencari dan mengembalikan wang SRC? (cuba Google. Kerajaan PH tak pernah sebut sekalipun tentang dana ini)

Jawapan: Saksi memberitahu dalam mahkamah bahawa sebanyak USD1 bilion dari RM4 bilion itu telah dipindahkan oleh SRC pada tahun 2011 dan 2012 ke pelaburan-pelaburan di sebuah bank di Switzerland, sebelum ianya dibekukan.

(Jika dana USD1 bilion ini dikembalikan sekarang bersama faedah serta pulangannya, nilainya akan melebihi RM4.4 bilion – iaitu lebih tinggi dari RM4 bilion yang dipinjam oleh KWAP kepada SRC. Sebab itu mereka tak nak angkat balik. Nanti terkeluar pulak cerita bahawa lagi banyak Najib “curi”, lagi besar pulangan yang diperolehi KWAP)

Bila ditanya tentang dana dalam mahkamah di Switzerland ini, Tommy Thomas cuba jawab “dia belum check” pada awal tahun ini. (Belum check tapi dia dakwa saya dulu pulak).

Manakala Latheefah Koya jawab bahawa dia tak tahu atau tak boleh dedahkan tentang baki di Switzerland pulak bila dia ditanya dalam mahkamah pada awal bulan Mac ini.

SOALAN 3: Adakah ianya benar bahawa sebanyak RM600 juta dibayar terus oleh putera Arab dan Kementerian Kewangan negara Arab Saudi terus ke akaun di atas nama saya?

Jawapannya ialah “benar”.

Ini telah disahkan berkali-kali dalam mahkamah termasuk oleh pegawai bank serta pegawai SPRM.

“Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.”
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598722/najib-terima-rm642-juta-dari-arab-saudi

SOALAN 4: Adakah ianya benar bahawa Najib telah pulangkan wang yang digelar RM2.6 bilion itu dan tidak simpan wang itu untuk digunakan secara peribadi atau untuk membeli cincin?

Jawapannya ialah benar. Saya dikenakan 9 tuduhan menerima wang yang disebut RM2.6 bilion itu (kerana ia masuk melalui 9 transaksi berlainan) dan saya juga dikenakan 7 tuduhan kerana mengembalikan wang yang disebut RM2.6 bilion itu kepada akaun penghantar (sebab 7 transaksi) 4 bulan selepas menerimanya.

(Tidak mungkin akan ada seorang pemimpin PH yang mengaku bawa RM2.6 bilion itu dikembalikan. Ini antara sebab kenapa Kit Siang lari dari debat dengan saya kerana dia takut saya tanya soalan ini)

Saya juga dituduh dua kali kerana pernah memindahkan wang tersebut dari satu akaun dalam nama saya ke akaun lain di bawah nama saya.

Saya juga dituduh setiap kali saya menggunakan wang yang diterima dari akaun kementerian kewangan Arab Saudi itu.

Itulah kenapa ada berpuluh-puluh tuduhan.

Paling lawak ialah mereka tuduh saya 7 kali kerana memulangkan dana yang disebut RM2.6 bilion itu selepas 4 bulan dalam tahun yang sama tetapi LHDN tuduh pulak bahawa itu adalah income atau pendapatan (walaupun dipulangkan selepas 4 bulan) dan mereke mengenakan tuntutan cukai dan penalti sebanyak RM1.7 bilion ke atas saya untuk dana itu.

(Salah seorang pegawai LHDN yang menghantar notis tuntutan cukai itu kepada peguam saya pun banyak kali memohon maaf kerana dia tahu ianya tak masuk akal tapi dia kata dia perlu ikut arahan atas)

Di bawah undang-undang Malaysia, LHDN ada hak untuk mengenakan seberapa tuntutan cukai yang mereka mahu ke atas sesiapa.

Undang-undang ialah kamu perlu bayar dulu sebelum mereka layan sebarang rayuan.

Jika kerajaan PN mahu, esok pun mereka boleh kenakan tuntutan cukai sebanyak RM2 bilion ke atas mana-mana pemimpin PH dan mereka perlu bayar dulu sebelum mereka boleh rayu jika cukai itu adil atau patut atau sebaliknya.

Itulah antara cara kerajaan PH dahulu menyalahkan gunakan undang-undang dan kuasa kerajaan untuk mengenakan saya.

Pun begitu, saya masih mahu semua kes-kes terhadap saya dalam mahkamah diteruskan supaya saya ada peluang untuk membersihkan sebersih-bersihnya nama saya kerana saya bukan Guan Eng di mana kes rasuahnya digugurkan sebaik sahaja PH menang walaupun kesnya sudah bermula perbicaraan mahkamah.

Banyak lagi saya boleh ceritakan nanti tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya.

(BERSAMBUNG)

Facebook Najib Razak

Rujukan:
Najib ‘bogelkan’ Anwar Ibrahim
https://pakdin.my/najib-bogelkan-anwar-ibrahim

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,792FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Menteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya,...

[Video] Keahlian Tun M Terhenti Secara Undang-Undang – Hamzah Zainuddin

SETIAUSAHA Agung Bersatu Hamzah Zainuddin  hari ini tampil mempertahankan keputusan parti memberhentikan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen parti yang lain, semalam. Katanya,...

Seorang menteri dari PPBM bakal umum letak jawatan petang ini?

Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan mengenai perkara...

Satu lagi “kejadian besar”? Mahathir tetap mahu jadi PM

Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana...

5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka. Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman. Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..