Home / :: BLOG :: / Selamat Tahun Baru Menteri Kewangan

Selamat Tahun Baru Menteri Kewangan

Selain dari memberi peluang kepada rakyat untuk terus memberi subsidi petrol 30 sen liter kepada kerajaan, satu lagi hadiah misteri tahun baharu untuk rakyat juga diberi oleh PH hari ini.

Petang tadi juga, kerajaan PH mengumumkan bahawa 4 lagi sektor perkhidmatan akan dikenakan cukai servis 6% berkuat kuasa 1 Mac depan.

Perkhidmatan pengendalian taman hiburan itu termasuk taman tema, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan meliputi komisen (brokerage) bagi jualan saham, perkhidmatan pembersihan termasuk khidmat membersih bangunan serta dobi, manakala penyediaan latihan itu merangkumi khidmat seperti seminar atau bengkel turut akan dikenakan cukai 6% apabila disediakan kepada pengguna.

Kira-kira 5,000 hingga 10,000 syarikat yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan ini diberikan masa 2 bulan untuk berdaftar di bawah sistem cukai tersebut.

Kerajaan PH berkata mereka prihatin dan cukai servis ke atas perkhidmatan-perkhidmatan baru ini tidak akan membebankan golongan B40.

Mungkin kerana golongan B40 (termasuk kanak-kanak) tidak berhibur di taman tema dan taman hiburan, tidak menggunakan dobi, membeli saham ataupun mengambil kursus, latihan atau bengkel.

Betul ke, ni?

Sebelum ini, Menteri Kewangan pernah berkata pengilang sahaja yang dikenakan cukai SST.

Terkejut saya apabila saya mendapati tempat-tempat seperti dobi, taman hiburan dan taman tema didefinisikan sebagai “kilang”.

Dia juga berkata bahawa jenis barang dan perkhidmatan yang dikenakan SST adalah kurang berbanding GST.

Oleh itu, dia senyap-senyap dan slow-slow tambah barang dan servis yang akan kena cukai SST.

Satu lagi yang saya hairan ialah apabila ada pengumuman mengenai pengecualian SST, Menteri Kewangan akan tampil ke depan untuk buat pengumuman panjang lebar ditambah dengan ayat ayat propagandanya.

Tetapi apabila ada penambahan cukai SST, Ketua Pengarah kastam yang membuat pengumuman manakala menteri kewangan menghilang diri.

Facebook Najib Razak

Rujukan:

Kastam: 4 lagi perkhidmatan baru dikenakan SST mulai 1 Mac

http://pakdin.my/tag/sst

(Visited 454 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

3 comments

  1. Nin Monday

    Batuk kesemburlah duit rakyat sampai perut kembung

  2. Samsul Hazri Sukaimi

    Ckp 4 je?? Ada masa 5 thn je ni nak kumpul harta..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.