Sunday, January 5, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sukan : KBS pertimbang bawa isu Ziyad ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membawa isu Muhammad Ziyad Zolkefli ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya gagal meyakinkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Persatuan Olahraga Para Dunia (WPA).

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sebelum itu KBS akan memohon agar satu sesi pendengaran khas IPC dan WPA terhadap rayuan yang dikemukakan sebelum ini.

“KBS juga akan meneliti pandangan daripada  jawatankuasa siasatan dalaman yang ditubuhkan untuk merancang pelan tindakan susulan bersama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) mengenai insiden yang berlaku,” katanya ketika menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada 31 Ogos lepas, Muhammad Ziyad dinafikan pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m), yang juga rekod baharu dunia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 31 tahun itu diklasifikasi sebagai ‘Did Not Start (DNS)’ atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine, yang mendakwa beliau lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.

Susulan insiden itu, Ahmad Faizal berkata KBS akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) penyertaan atlet ke temasya sukan antarabangsa terutama yang melibatkan atlet paralimpik supaya perkara sama tidak berulang.

Sementara itu, beliau berkata KBS berhasrat untuk membangunkan satu polisi komprehensif industri sukan yang holistik bagi memastikan sektor industri sukan negara dibangunkan secara tersusun, teratur dan berdaya saing.

“Sektor industri sukan wajar diberi perhatian serius memandangkan keupayaannya untuk menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Malaysia walaupun dianggap industri yang baru berumur dua dekad. Potensi industri sukan amatlah besar untuk kita terokai,” katanya.

#Tag

Berkaitan

Kecederaan belum pulih, Zii Jia tarik diri

EPL: Haaland bantu City tamatkan badi ‘stay humble’

Kemelut KDN FC paksa Oday ‘angkat kaki’

EPL: Haaland gagal sempurnakan tenangan penalti, Man City gagal menewaskan Everton

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

KESIHATAN

6 manfaat penyembuhan bawang putih yang perlu anda tahu!

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

SUKAN

Kecederaan belum pulih, Zii Jia tarik diri

Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia sah terlepas aksi pembuka tirai Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia selepas dimaklumkan...
SUKAN

EPL: Haaland bantu City tamatkan badi ‘stay humble’

MANCHESTER City akhirnya kembali menunjukkan belang sebenar selepas menewaskan Leicester City 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium King Power sebentar tadi.
SUKAN

Kemelut KDN FC paksa Oday ‘angkat kaki’

TONGGAK antarabangsa Palestin, Oday Kharoub dilaporkan sedang berusaha untuk menamatkan kontrak lebih awal dengan Kelantan Darul Naim (KDN FC) susulan kemelut kewangan yang melanda...
SUKAN

EPL: Haaland gagal sempurnakan tenangan penalti, Man City gagal menewaskan Everton

Bernardo Silva pada mulanya meletakkan City di hadapan dengan sepakan yang terkena halangan pada minit ke-14, tetapi Iliman Ndiaye menyamakan kedudukan untuk Everton pada...
EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

GAYA HIDUP

Durian premium baharu Malaysia MS88 akan diperluas untuk tembus pasaran global

POLITIK

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

KESIHATAN

6 manfaat penyembuhan bawang putih yang perlu anda tahu!

GAYA HIDUP

Afgan bersinar di konsert solo besar di Pulau Pinang