Tuesday, January 7, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kerjasama Ranhill SAJ, media demi kelestarian bekalan air masa depan

"Media cetak, elektronik atau dalam talian turut memainkan peranan dalam mendidik masyarakat

JOHOR BAHRU — Kerjasama antara pengamal media dan pemain industri air amat penting demi kelestarian bekalan air pada masa depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani.

Beliau berkata Ranhill SAJ sebagai syarikat pengendali air Johor akan terus memastikan hubungan erat dengan pengamal media dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai sumber air yang terhad.

“Hebahan media mengenai pelaksanaan projek infrastruktur air, polisi penggunaan air serta inisiatif pemulihan dan pelestarian sumber air, memainkan peranan penting sebagai suara kepada masyarakat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya media juga berperanan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai kepentingan sumber air, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan air secara berhemah.

Katanya pengurusan sumber air yang cekap dan mampan memainkan peranan penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi negara daripada bekalan air minuman hingga penggunaan dalam sektor perindustrian.

“Media cetak, elektronik atau dalam talian turut memainkan peranan dalam mendidik masyarakat serta memberikan maklumat tepat mengenai isu-isu berkaitan air, selain menyalurkan maklum balas untuk penambahbaikan dalam sektor pembekalan air,”katanya.

Terdahulu, Anuar menyampaikan bantuan kewangan kepada Pengarah Bahagian Program TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Abdull Hadi Mohd Yusoff di sini semalam.

Abdull Hadi, 58, yang menghidap kanser darah, pernah menjawat jawatan Pengarah Penyiaran Johor, Negeri Sembilan dan Sarawak sebelum ditempatkan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi isterinya Norazlin Mohd Azman di talian 013-7470400.

#Tag

Berkaitan

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Aset Rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion pada akhir November 2024 – BNM

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

DUNIA

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

NAJIB RAZAK

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Pentadbiran Najib, yang memulakan projek tersebut, berkata ECRL boleh menjadi pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.
EKONOMI

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

Peningkatan kos sara hidup dan kos membesarkan anak, masa aktiviti bersama keluarga semakin berkurangan, perlu melakukan dua pekerjaan demi meningkatkan ekonomi keluarga serta ketagihan...
EKONOMI

Proses ambil alih MASwings dijangka selesai menjelang suku pertama 2025

Proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari...
EKONOMI

Aset Rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion pada akhir November 2024 – BNM

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion (US$1=RM4.45), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$255.72 juta pada akhir November 2024, kata Bank Negara...
DUNIA

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

NAJIB RAZAK

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

AM

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan