Tuesday, January 7, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Parlimen ‘panas’ dijadikan tempat skandal seks

Pentadbiran Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berdepan satu skandal seks selepas beberapa video tersebar memaparkan kakitangan kerajaan konservatif itu melakukan seks di Parlimen.

Morrison yang sebelum ini berdepan tekanan susulan tindak balas terhadap dakwaan seorang penasihat wanita kerajaan dirogol oleh rakan sekerjanya, menyifatkan perbuatan dalam video itu mengaibkan dan amat memalukan.

Video dan gambar yang didakwa dikongsi dalam kumpulan kakitangan kerajaan gabungan sebelum disebarkan seorang pemberi maklumat, didedahkan pertama kali oleh akhbar The Australian dan Channel 10, semalam.

Paparan itu mencetus kemarahan baharu penggubal undang-undang wanita dan rakyat Australia, selepas protes besar-besaran di seluruh negara itu susulan dakwaan insiden rogol berkenaan.

Pemberi maklumat itu yang dikenali sebagai Tom, memberitahu akhbar terbabit bahawa kakitangan kerajaan dan Ahli Parlimen kerap mengadakan hubungan seks dalam bilik ibadat di Parlimen.

Beliau turut mendakwa pekerja seks turut dibawa ke Parlimen untuk memuaskan nafsu Ahli Parlimen kerajaan gabungan, selain sekumpulan kakitangan kerap bertukar gambar tidak senonoh mereka.

Katanya, wujud ‘budaya lelaki beranggapan mereka boleh melakukan apa saja’ dan walaupun kakitangan itu mungkin tidak melanggar undang-undang, mereka jelas tidak bermoral.

Susulan pendedahan itu, seorang pembantu dipecat serta-merta, dan kerajaan Australia berjanji akan melaksanakan tindakan lanjut.

Menteri Wanita Australia, Marise Payne dilaporkan berkata, pendedahan terbaru itu amat mengecewakan, dan menunjukkan perlunya siasatan kerajaan terhadap budaya tempat kerja di Parlimen.

Parlimen Australia sudah beberapa kali dikritik kerana memiliki budaya tempat kerja yang ‘toksik’ yang mencetus amalan buli, gangguan dan serangan seksual terhadap wanita, khususnya dalam kalangan kerajaan gabungan.

Bulan lalu, bekas kakitangan kerajaan, Brittany Higgins, tampil secara terbuka dan mendakwa dirogol rakan sekerja di pejabat menteri Parlimen pada 2019.

Awal bulan ini, Peguam Negara Australia Christian Porter menafikan dakwaan beliau merogol seorang remaja wanita berusia 16 tahun pada 1988 ketika kedua-duanya masih pelajar.

#Tag

Berkaitan

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

Kenderaan perisai polis diserang di Yala, seorang anggota terbunuh

Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

EKONOMI

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan

ALAM SEKITAR

NAJIB RAZAK

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Madinah, Arab Saudi, terjejas teruk akibat ribut hujan lebat dan banjir kilat yang telah mengubah jalan-jalan menjadi sungai, menurut laporan media Teluk.
DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air

Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad (5 Jan) menamatkan operasi pencarian di lokasi nahas pesawat Jeju Air, seminggu selepas kemalangan maut itu meragut 179...
DUNIA

Kenderaan perisai polis diserang di Yala, seorang anggota terbunuh

Satu insiden serangan berlaku di Yala, Thailand, di mana sebuah kenderaan polis berperisai diserang dengan bom dan tembakan, mengakibatkan kematian seorang pegawai.
DUNIA

Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu

HMPV adalah virus pernafasan yang menyebabkan gejala serupa dengan selesema biasa, seperti batuk, demam, hidung tersumbat, dan sesak nafas.