Wednesday, January 8, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

ECRL Jana 45,000 Kerja Untuk Rakyat Malaysia – @NajibRazak

KUALA LUMPUR: Kira-kira 45,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan menerusi pembinaan fasa ke-2 projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menegaskan peluang pekerjaan ini harus dibuka kepada rakyat Malaysia dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan tenaga kerja asing.
“Bagi meningkatkan keupayaan rakyat Malaysia dalam pembinaan dan pengurusan projek InfraRakyat (projek bertunjangkan kepentingan rakyat) ECRL ini, 1 program latihan peningkatan kemahiran berkaitan pembinaan dan pengurusan ECRL akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
“Insya Allah, semoga ramai dapat menerima manfaat dalam arus transformasi ini,” katanya dalam catatan blog di www.najibrazak.com hari ini.
Terdahulu, hari ini, Najib menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara syarikat China Communications Constructions Company Limited China (CCCC) dan Malaysia Railway Link Sdn Bhd (MRL) bagi projek sambungan laluan kereta api dari Gombak ke Pelabuhan Klang, membabitkan laluan sejauh 88km.
Perdana menteri berkata, perjanjian yang dimeterai di Beijing itu adalah susulan kepada pengumuman pembinaan fasa 1 ECRL dari Wakaf Bharu ke Gombak pada November 2016.
“Dengan itu, sukacita saya rumuskan inisiatif kerajaan untuk membangunkan dan meningkatkan kesalinghubungan antara Lembah Klang dengan Pantai Timur kini berada pada landasan tepat dan berjalan lancar,” kata Najib.
Menurutnya, kerajaan akan terus memantau rapi projek itu, selain melipatgandakan usaha agar ia dapat direalisasikan.
Najib berkata, beliau secara peribadi melihat projek InfraRakyat ECRL itu membawa makna besar bukan sahaja kepada sektor perdagangan, malah memudahkan pengangkutan dan pengalihan barangan di Semenanjung Malaysia, sekaligus mengurangkan masa dan kos.
“Ia juga bakal memanfaatkan penduduk luar bandar dari segi peluang perniagaan serta kemudahan perjalanan,” katanya.

#Tag

Berkaitan

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

Kerjasama Ranhill SAJ, media demi kelestarian bekalan air masa depan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

EKONOMI

ALAM SEKITAR

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

NAJIB RAZAK

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Proton Holdings Bhd menamatkan tahun 2024 dengan mencatat jualan tertinggi selepas berjaya menjual 14,601 unit kenderaan pada Disember, peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya...
EKONOMI

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

Pentadbiran Najib, yang memulakan projek tersebut, berkata ECRL boleh menjadi pemangkin untuk pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.
EKONOMI

Kos sara hidup antara beban utama keluarga Malaysia

Peningkatan kos sara hidup dan kos membesarkan anak, masa aktiviti bersama keluarga semakin berkurangan, perlu melakukan dua pekerjaan demi meningkatkan ekonomi keluarga serta ketagihan...
EKONOMI

Kerjasama Ranhill SAJ, media demi kelestarian bekalan air masa depan

Kerjasama antara pengamal media dan pemain industri air amat penting demi kelestarian bekalan air pada masa depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn...
EKONOMI

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan

ALAM SEKITAR

[TONTON] Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah

NAJIB RAZAK

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

NAJIB RAZAK

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

HIBURAN

Hannah Delisha reda dapat anak selepas usia 30 tahun

EDITORIAL

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

DUNIA

Korea Selatan tamatkan operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air