Saturday, December 21, 2024

Lelaki 93 tahun dijel 6 bulan; serang teman sebilik dengan tongkat

Images

          (Gambar: Pixabay/stevepb)

        SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 93 tahun dihukum penjara selama enam bulan pada Jumaat (28 Mei) kerana menyerang teman sebiliknya dengan tongkat sehingga menyebabkan jari mangsa patah.

Sim Hwa mengaku bersalah kerana sengaja mencederakan teman sebiliknya yang berusia 85 tahun di sebuah rumah jagaan warga emas.

Iklaan

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa sedang tidur di dalam biliknya sekitar 11.00 malam pada 17 Oktober tahun lalu apabila Sim menyalakan lampu.

Mangsa memberitahu Sim bahawa beliau mahu tidur dan mematikan lampu, tetapi Sim menghidupkannya semula.

Mangsa sekali lagi memberitahu Sim bahawa beliau mahu tidur dan memintanya supaya jangan menghidupkan lampu. Ini membuat Sim naik berang.

Sim mengambil tongkatnya lalu mendekati mangsa, yang ketika itu sedang berbaring di atas katilnya. Dia kemudian memukul mangsa berkali-kali dengan tongkatnya.

Mangsa cuba bangun tetapi tidak dapat berbuat demikian dan sebaliknya jatuh ke lantai. Sim terus memukulnya dengan tongkat ketika mangsa jatuh di lantai dan memukulnya lebih daripada 10 kali.

Seorang jururawat menjawab panggilan mangsa untuk meminta bantuan dan memisahkan kedua-dua lelaki itu sebelum menghubungi ambulans.

Mangsa dibawa ke hospital dengan beberapa kecederaan termasuk patah jari, melecet pada bahagian lengannya dan pergelangan kaki yang bengkak. Beliau dimasukkan ke hospital selama 27 hari dan bil perubatannya mencecah S$190.25.

Dalam rayuannya, Sim meminta hukuman yang lebih ringan dan berjanji tidak akan bergaduh dengan sesiapa pun pada masa akan datang.

Kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

  • CNA/TQ/tq

Berkaitan

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8...

TEKNOLOGI

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan...

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…