PORTO: Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Manchester City 1-0 pada pagi Ahad (30 Mei).
Pemain muda Jerman, Kai Havertz, berhasil mengelak terkaman penjaga gawang Manchester City, Ederson, untuk menjaringkan gol tunggal, sekali gus menjadi gol kemenangan Chelsea pada minit ke-42.
Ini adalah kali pertama Manchester City beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Meskipun juara Liga Perdana England (EPL) itu merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan tersebut di Porto, Portugal, Manchester City terpaksa tunduk kepada Chelsea.
Manchester City akhirnya berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas diambil alih oleh Sheikh Mansour dari Abu Dhabi, 13 tahun lalu.
Kali terakhir Chelsea menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah adalah pada 2012 selepas mengalahkan gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich.
– Reuters/ZM/zm