Tujuh pengarah baharu bagi jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara 61 pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran pasukan keselamatan itu berkuat kuasa mulai 1 Julai.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas danĀ Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kassim yang dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Selain itu, Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Datuk Zaini JassĀ dilantik Pengarah Pengurusan Bukit Aman bagi mengisi jawatan ditinggalkan Ramli.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd JalilĀ Hassan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Datuk AzriĀ Ahmad sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard manakala Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil DatukĀ Mohd Kamarudin Md Din sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Supt Komunikasi Korporat PDRMĀ SuptĀ A. SkandarguruĀ berkataĀ selain mereka, Pengarah JabatanĀ SiasatanĀ dan Penguatkuasaan TrafikĀ (JPST) Datuk Azisman Alias masih kekal memegangĀ jawatan itu namun beliau memangkuĀ pangkat CP.
Beliau berkataĀ dalam kenyataan malam ini, TimbalanĀ Pengarah JKDNKAĀ (Pasukan Gerakan Khas) Datuk Mastor Mohd AriffĀ dilantik sebagai Timbalan PengarahĀ KDNKA (Gerakan) dengan memangku pangkat CP manakala Setiausaha PDRM Datuk Ramli Mohamed Yoosuf sebagai Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat CP.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan
/ Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat CP dan Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa sebagai Ketua Polis Terengganu dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).
Selain itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman NanyanĀ dilantik sebagai Setiausaha PDRMĀ dengan memangku pangkat DCP.
— BERNAMA