Saturday, December 21, 2024

JARING gesa kerajaan benarkan nelayan tanpa lesen beroperasi

IPOH, 2 Jun — Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) memohon kerajaan agar memberi kebenaran kepada kumpulan nelayan tulen yang tidak berlesen dan tidak memiliki kad pendaftaran, untuk turun ke laut sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Timbalan Pengerusi persatuan itu Mohd Faizal Mohd Zabri berkata meskipun kerajaan membenarkan nelayan terus beroperasi dan turun ke laut sebelum ini, namun sebahagian besar nelayan yang beroperasi di jeti adalah daripada kumpulan tersebut.

“Ramai dalam kalangan nelayan tidak memiliki lesen dan kad pendaftaran nelayan kerana pengeluaran lesen nelayan bagi perikanan laut pantai termasuk nelayan pantai Zon A telah lama dibekukan oleh kerajaan.

“Sehubungan itu, ramai dalam kalangan nelayan tidak mempunyai pilihan selain terus beroperasi untuk mencari rezeki tanpa memiliki lesen. Sebelum ini hanya ‘lesen khas’ sahaja yang dikeluarkan dengan bilangan yang terhad setiap kali menjelang pilihan raya umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Faizal berkata justeru, JARING berpendapat adalah amat wajar kerajaan membenarkan nelayan yang tidak memiliki lesen untuk turut beroperasi bagi mencari rezeki dalam meneruskan kelangsungan hidup ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

“Dalam masa yang sama mereka juga turut menyumbang kepada jaminan bekalan makanan hasil laut negara dan ketiadaan mereka bakal menjejaskan bekalan hasil laut di sesetengah lokasi.

“Persatuan nelayan wajar mengeluarkan surat sokongan bagi membolehkan nelayan tulen yang tidak berlesen dan tidak memiliki kad pendaftaran nelayan turun ke laut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Faizal berkata JARING turut menggesa agensi penguatkuasaan untuk memastikan semua nelayan yang beroperasi hanya menggunakan alat tangkap yang dibenarkan Akta Perikanan 1985 dan Jabatan Perikanan Malaysia bagi memelihara sumber perikanan negara.

Pada 28 Mei, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sekatan pergerakan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula semalam hingga 14 Jun untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan 17 sektor termasuk pertanian, ternakan, perikanan, perladangan dan komoditi, selain yang terlibat dalam rantaian bekalan untuk dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh tersebut.

— BERNAMA

Berkaitan

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8...

TEKNOLOGI

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan...

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…