Saya ditanya beberapa soalan mengenai UMNO semasa Sidang Media di Kluang tadi. Ini jawapan saya:
1️⃣ Isu rakaman audio mirip suara DS Zahid dan DS Anwar Ibrahim.
– DS Zahid telah nafikan dan menyatakan ia palsu.
– Jika laporan polis dibuat, siasatan akan dijalankan.
– Sama ada palsu atau tidak, yang penting ialah pendiriaan parti.
2️⃣ Kemungkinan berlakunya kerjasama UMNO-PKR susulan rakaman audio tersebut.
– Tidak guna kita buat spekulasi jika tuan punya badan telah menidakkannya.
– Majlis Kerja Tertinggi dan PAU 2020 telah putuskan No Anwar, No DAP dan sokongan terhadap Bersatu hanya sehingga PRU-15.
3️⃣ Dakwaan kononnya wujud gerakan UMNO 3.0.
– Ini pertama kali saya dengar UMNO 3.0, saya tegas serta konsisten bahawa perkara terpenting ialah kestabilan parti.
– PAU 2020 baru berakhir jadi sepatutnya parti semakin kukuh.
– Cukup-cukuplah melaga-lagakan pemimpin dengan dakwaan kononnya ada kem-kem tertentu dalam parti.
– Kalau ia berlarutan, bukan sahaja ahli UMNO akan ragui parti malah rakyat juga pandang serong kepada kita sekaligus menggugat peluang dalam PRU-15.
4️⃣ Kesetiaan terhadap UMNO
– Saya sendiri pernah dituduh khianati parti dan hendak lompat parti.
– Jangan bazirkan masa hanya fikirkan saya akan lompat atau tidak.
– Ia tidak akan berlaku. Saya tetap bersama dan akan setia dengan UMNO. Noktah.
5️⃣ Keperluan pemilihan UMNO
– Keputusan mengenai pemilihan ini terletak di tangan MKT.
– Saya difahamkan mereka akan bermesyuarat dalam masa terdekat. Kita tunggu sahaja keputusan mereka.
6️⃣ Perletakan jawatan sebagai Menteri
– Ini hanya akan ditentukan oleh MKT dan bukan mana-mana individu dalam parti.
– Jika MKT arah, maka saya akan akur dan letak jawatan.
Facebook Hishammuddin.