PBB desak Israel henti musnahkan harta benda rakyat Palestin

WASHINGTON  — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mendesak rejim Israel menghentikan tindakan memusnahkan harta benda rakyat Palestin di Baitulmaqdis, lapor Agensi Berita Anadolu. 

Guterres “amat bimbang dengan kemusnahan berterusan itu,” kata jurucakap Stephane Dujarric kepada wartawan di ibu pejabat PBB di New York.

“Beliau sekali lagi menggesa Israel menghentikan tindakan mengusir dan memusnahkan sejajar dengan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia,” tambah Dujarric.

Gesaan itu dibuat sehari selepas Israel merobohkan sebuah kedai dan pangsapuri di kawasan Silwan, Baitulmaqdis Timur.

Israel mendakwa dua struktur bangunan di kawasan al-Bustan dan al-Suwayeh itu tidak mempunyai permit, kata penduduk setempat.

Tindakan Israel itu mencetuskan pertempuran antara rakyat Palestin dengan polis Israel, yang kemudian menembak gas pemedih mata dan peluru getah untuk menghentikan penunjuk perasaan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata 13 anggota paramedik turut cedera.

Rakyat Palestin menuduh Israel meroboh bangunan di kejiranan Silwan, di selatan kompleks Masjid Al-Aqsa, bertujuan untuk mengusir penduduk Arab dan memberi keutamaan kepada pendatang Israel.

Dalam wawancara dengan Anadolu, Pengarah Pusat Wadi Hilweh, Jawad Siam, memberi amaran “sekitar 8,000 orang berisiko diusir secara langsung atau tidak langsung dari Silwan sama ada melalui tindakan meroboh atau mewujudkan penempatan”

— BERNAMA

#Tag

Berkaitan

[TONTON] Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru

[TONTON] Sekurang-kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737-800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan terbakar

Sekurang-kurangnya 38 terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Gaza dalam masa 24 jam

[TONTON] Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

ALAM SEKITAR

Sungai Golok melimpah: Peniaga di Rantau Panjang tutup kedai awal

DUNIA

EKONOMI

Aset Rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion pada akhir November 2024 – BNM

EKONOMI

KRI Gesa Takrifkan Semula B40, M40, T20 Untuk Tangani Isu Kerentanan Ekonomi

POLITIK

Timbalan ketua Bersatu Sabah keluar karti, sokong GRS

ALAM SEKITAR

[TONTON] Sungai Golok ‘Mengepung’, penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Taipei 101 terkenal dengan pertunjukan bunga api Malam Tahun Baru yang menakjubkan. Setiap tahun, ribuan penonton berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan yang memukau itu.
DUNIA

[TONTON] Sekurang-kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737-800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan terbakar

Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang terkeluar dari landasan dan melanggar tembok di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada hari Ahad...
DUNIA

Sekurang-kurangnya 38 terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Gaza dalam masa 24 jam

Hamas menuduh Israel menetapkan "syarat baru" dalam perbincangan gencatan senjata yang sedang berlangsung dan melambatkan perjanjian gencatan senjata, manakala pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin...
DUNIA

[TONTON] Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan

Penerbangan Azerbaijan Airlines yang terhempas berhampiran Aktau, sebuah bandar di barat daya Kazakhstan, dengan 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat, kata...
ALAM SEKITAR

Sungai Golok melimpah: Peniaga di Rantau Panjang tutup kedai awal

DUNIA

[TONTON] Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru

EKONOMI

Aset Rizab rasmi Malaysia berjumlah US$118.35 bilion pada akhir November 2024 – BNM

EKONOMI

KRI Gesa Takrifkan Semula B40, M40, T20 Untuk Tangani Isu Kerentanan Ekonomi

POLITIK

Timbalan ketua Bersatu Sabah keluar karti, sokong GRS

ALAM SEKITAR

[TONTON] Sungai Golok ‘Mengepung’, penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta

EDITORIAL

Nahas pesawat terburuk Korea Selatan menyerlahkan bahaya serangan burung (bird strike)