HANOI — Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pada Sabtu menghantar perutusan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai perdana menteri yang baharu pada Jumaat.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kesembilan pada Ahad.